Kerja Nurse — Hinaan Viral
Salam semua.
Sy rasa terpanggil utk share post ni dan ingin juga membalas kata-kata hina encik ini.
Sy tidak akan berterima kasih atas penghinaan kamu, tp sy berterima kasih kerana kamu menjadi salah seorang anak yg bertanggungjawab menguruskan bapa kamu di hospital. Alhamdulillah masih ada yg sudi buat apa yg kamu telah buat. Namun tidakkah kamu terfikir ramai lagi yg tidak sanggup buat? Mengapa nurse yg kamu hina? Mengapa bkn org yg tak sanggup buat itu tidak kamu apa apakan? Kenapa perasaan nurse juga yg kamu guris? Adakah kamu fikir kami kebal? Kebal dgn segala sindiran manusia terhadap pekerjaan kami? Apalah dosa kami dgn kamu? Bila kami buat, kamu hina begini. Bila kami tak buat, kami dicerca juga.
Kalau kamu fikir yg kami terhegeh hegeh sangat nk tgk kemaluan lelaki, tidakkah kamu fikir kami juga melihat kemaluan pesakit perempuan? Terhegeh hegehkah kami nk melihat kemaluan perempuan? Atau, tidak terfikirkah kamu?
Sy anggap kamu adalah manusia yg tidak berfikir panjang apabila berkata-kata, hanya melihat dari satu sudut dan juga menganggap diri sendiri sudah sempurna. Ya, mungkin ibubapa kamu bangga mendapat anak seperti kamu kerana sanggup menguruskan mereka, tetapi jika mereka tahu besar cercaan kamu terhadap sekelompok manusia yg bertugas sebagai nurse, apakah kamu fikir mereka akan masih berbangga?
Andai kamu anak terbaik, belum tentu org di sekeliling kamu terbaik. Belum tentu insan kesayangan kamu sanggup lakukan itu ini semasa kamu tidak berupaya nanti. Bukanlah sy mendoakan yg tidak baik kepada kamu, tp kamu kena tahu kena ingat yg tuhan itu Maha Adil. Tp sy yakin andai satu hari kamu tiada upaya, walau sakit mcmana pun hati seorang nurse mengingatkan kata kata kamu, kami masih juga akan membantu kamu kerana kami tetap kami. Kami tetap nurse. Kami tetap berjuang utk pesakit.
Sy maafkan kamu kerana sy tahu manusia seperti kamu jenis sudah terantuk baru terngadah. Dan doaku agar kamu sentiasa sihat agar kami tidak perlu melihat keaiban kamu.
Akhir kata, maafkan sy andai sy berkasar. Assalamualaikum.
Baca juga:
- Musim Influenza
- Arthritis Awareness Fun Run 2019
- Eye Infection with Pseudomembrane and Epithelial Defect
- Kerja Nurse — Hinaan Viral
- Jururawat vs Waris Pesakit
- Kenapa Nurse Berhijrah ke Arab Saudi?
- My Previous Workplace: 4U/CCU
- SARS-CoV (SARS-coronavirus)
- Happy 6th Anniversary, Love!
- Happy 5th Anniversary, Love!
- Happy 4th Anniversary, Love!
- Happy 3rd Anniversary, Love!
- Happy 2nd Anniversary, Love!
- Happy 1st Anniversary, Love!
- Happy 2nd Birthday, Son!
- Happy-34-Birthday, Love!
- Happy-33-Birthday, Love!
- Happy-32-Birthday, Love!
- Happy-30-Birthday, Love!
- Happy-29-Birthday, Love!
- Thank You, Teacher!
- Happy Kindy Graduation, son!
- Ya, Saya Ex-MRSM!
- Kerja Nurse — Hinaan Viral
- Kerja Nurse vs Kerja Anak/ Waris
- Hijrahku ke Saudi Arabia
Comments
Post a Comment