Saya ex-MRSM yang TIDAK Terbeban Dengan Ritual Agama


Tertanya-tanya mengapa group WhatsApp ex-MRSM berkongsi gambar ini maka saya meng-Google mengenainya lalu terjumpa keluhan ini di: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/21/ritual-agama-berlebihan-jejas-prestasi-murid-keluh-ibu-bapa/

Betapa saya merasakan pentingnya MRSM sehinggakan itu menjadi halatuju utama untuk Nayn bersekolah menengah kelak. Saya hanya mengambil keputusan untuk Nayn mengambil ujian ke SRAI setelah mengetahui muridnya berpeluang ke MRSM. InsyaAllah jika rezekinya ke situ.

Terpanggil untuk saya berkongsi sedikit-sebanyak kenangan lebih kurang 20 tahun dulu, 5 tahun di Maktab Rendah Sains Mara.

Takwim persekolahan MRSM sedikit berbeza dengan takwim persekolahan KPM,  seingat saya panggilan ke MRSM lambat seminggu dua dari sekolah-sekolah lain. Kerana itulah arwah ayah dan emak membuat keputusan untuk saya ke sebuah Sekolah Menengah Gred A. Selain itu ada juga panggilan ke SMKA Naim Lilbanat dan beberapa SBP lain. Setelah seminggu dua di sekolah tersebut, tawaran ke MRSM diperolehi — cepat-cepat saya bersetuju kerana jiwa saya tidak tenteram di situ.

Berbeza!

Itulah yang saya rasakan di MRSM walaupun masih homesick dan hari-hari menelefon rumah, “Im rindu mak ngan ayah!” Berbeza kerana persekitarannya yang welcoming dan suasana belajar yang kena dengan jiwa! ‘Hari ini hari mulanya, hari esok berjaya,’ masih saya ingat.

MRSM mengajar saya banyak benda. Bagaimana berjauhan dengan famili, bagaimana menguruskan diri — basuh baju, sidai baju, gosok baju, bagaimana mengatur masa — bangun Subuh  dengan jeritan warden Tr Maizun, makan time, prep time, riadah time, dan belajar solat jemaah 5 waktu dan hafal asma’ul husna dan kebanyakan zikir dan doa. Di MRSM jugalah kali pertama berqiamullail dan solat hajat dan Dhuha berjemaah. Tak pernah pula sampai ke telinga makayah, “Im terbeban dengan ritual agama sekolah ni!”

Di sini jugalah tempat belajar soft-skills; leadership, komunikasi, negotiations, critical thinking, penyelesaian konflik dan masalah, kecerdasan emosi, handling difficult people, dan teamwork. Masih saya ingat kelas F sentiasa nak menang dan alhamdulillah biasanya memang menang! Tiba-tiba rindu pulak berlatih dikir barat, lakonan, coral speaking dan senamrobik.

Masih saya ingat tentang ‘request’. Request lagu nak bagi dekat siapa, hantar bunga/coklat/kad raya, seronoknya aktiviti homeroom dalam menjana duit. Tak lupa juga aktiviti luar MRSM seperti walkathon ke Pantai Irama, kem motivasi, merentas desa, berkhemah dan sesi burung hantu.

Memanglah ada juga kenangan pahit mengusik jiwa tapi yang pahit tu sendiri yang cari penyakit. Namun begitu, semuanya mendewasakan. Tak pernah sekali pun terdetik buruk tentang MRSM. Ya! Saya memang sayang maktab saya. Ya! Saya budak MRSM. Ya! Saya ex-MRSM. MRSM and proud!

Terima kasih cikgu-cikgu. Terima kasih banyak buat saya jadi ‘orang’.

97071 Ex- PT
00251 Ex- Qtn

Love,
RajeIm Ahmad

Comments

  1. Hm..lbh kpd kenangan di pt.cmne dgn memori di qtn🤔🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi siapa ni?
      Qtn punya memori pun baaanyak cuma baaaanyak yg tak terungkapkan 🤭

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Kidzania, Kami Kembali Lagi!