Panduan Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi SRAI)?
SRAI merupakan sekolah rendah yang menggabungkan Kurikulum Akademik dan Kurikulum Diniyyah serta Hafazan. Ia adalah Sekolah Agama Negeri (SAN) yang ditadbir urus oleh JAIS. Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekolah SWASTA. Walaupun SRAI berstatus sekolah swasta, lepasan sekolah SRAI masih boleh bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah KPM atau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SAM) Negeri Selangor.
SRAI merupakan sekolah satu sesi iaitu bermula 7:30am sehingga 3:30pm. Ada juga kelas yang berakhir jam 4:30pm sekiranya mendaftar untuk kelas Iqra’.
Makan tengahari disediakan oleh pihak SRAI dgn yuran yang sangat berpatutan. Solat Dhuha turut diselitkan dalam sesi persekolahan selain solat Zohor.
Untuk diterima bersekolah di SRAI anak-anak perlulah menjalani Ujian Kelayakan SRAI.
MAKLUMAN PENDAFTARAN BAGI MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) SRAI NEGERI SELANGOR BAGI SESI 2020.
- Calon, Ibu & Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
- Anak lahir pada 02 Jan 2013 hingga 01 Jan 2014.
- Kepada ibu/bapa/penjaga yang BUKAN anak kelahiran negeri Selangor TETAPI telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di negeri Selangor perlu mengisi borang pengesahan pemastautin, klik http://bit.do/brgpemastautin
- Wajib mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK). Jika belum, terus daftar di http://apps.moe.gov.my/esppsel atau http://public.moe.gov.my
- Sila bawa SIJIL KELAHIRAN ASAL CALON & BUKTI PENDAFTARAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) semasa hendak mengambil Borang Pendaftaran UKS.
LANGKAH-LANGKAH:
1 : ISI BORANG PERMOHONAN SECARA MANUAL (BERTULIS)
BORANG PENDAFTARAN UKS boleh didapati di pejabat sekolah sepanjang bulan APRIL kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Am.
Borang akan diberikan bersama-sama Senarai Semak dan digalakkan membeli buku UKS |
Slip Penerimaan Borang akan diberikan setelah Borang Permohonan dihantar |
2 : ISI PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
WAJIB mengisi borang secara atas talian (ONLINE) SELEPAS menghantar Borang Permohonan Manual yang dihantar ke pejabat sekolah.
TARIKH AKHIR untuk menghantar Borang Permohonan MANUAL dan ONLINE adalah pada 30 APRIL 2019.
TAKE NOTE:
1. KEGAGALAN menghantar Borang Permohonan Manual dan pengisian permohonan secara atas talian (ONLINE) akan menyebabkan permohonan anda DITOLAK.
2. Bayaran RM10.00 – RM15.00 (bergantung kepada lokasi sekolah) akan dikenakan untuk proses pengurusan borang bagi UKS.
3. Buku Contoh-Contoh Soalan UKS boleh dibeli di pejabat sekolah dengan harga RM12.00.
BACA JUGA : Persediaan Menjalani Ujian Kelayakan SRAI
TARIKH PENTING PROSES PERMOHONAN DARJAH 1 SRAI TAHUN 2020
Permohonan UKS : 1-30 Apr 2019
Ujian Kemasukan SRAI (UKS). : *29 Jun 2019
Keputusan UKS : *18 Jul 2019
Pengesahan calon yang BERJAYA dan permohonan rayuan : *18 Jul - 2 Aug 2019
(* mungkin terdapat pindaan dari JAIS)
Keputusan UKS boleh diketahui dengan cara melayari laman web https://semakan.jais.gov.my/ Jika lulus, CETAK surat tawaran kemasukan murid tahun satu SRAI dan serahkan terus ke sekolah yang ditawarkan.
ADAKAH RAYUAN BOLEH DIBUAT SEKIRANYA ANAK TIDAK BERJAYA SEMASA UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU 2020?
Ya. Ibubapa/Penjaga boleh membuat rayuan tersebut dengan mendapatkan borang rayuan di sekolah SRAI bermula dari 18 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 (Waktu bekerja sahaja). Borang rayuan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar ke JAIS melalui sekolah SRAI yang terlibat.
Berikut adalah kriteria pemilihan murid:
Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut:
a- Murid telah mendaftar di sebuah Sek Ren Agama Integrasi Selangor (SRAI).
b- Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS).
c- Lulus dengan baik dalam UKS.
d- Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI.
a- Murid telah mendaftar di sebuah Sek Ren Agama Integrasi Selangor (SRAI).
b- Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS).
c- Lulus dengan baik dalam UKS.
d- Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI.
Tiada keutamaan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut:
1. Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.
2. Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.
3. Calon memohon untuk bertukar ke sekolah SRAI yang lain setelah mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.
1. Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.
2. Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.
3. Calon memohon untuk bertukar ke sekolah SRAI yang lain setelah mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.
NOTA:
Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.
BACA JUGA :
- Persediaan Menjalani Ujian Kelayakan SRAI
- Hari Ujian Kelayakan SRAI (UKS)
- Keputusan Ujian Kelayakan SRAI (UKS)
- Uniform Sekolah SRAI
- Hari Suai Kenal Darjah 1 SRAI
- Rutin di SRAI
Comments
Post a Comment