Hijrahku ke Saudi Arabia
SEDIKIT BUAT TEMAN DI PERANTAUAN
Takkan tidak kurindu masa kecilku, semuanya diusahakan mengikut kemahuanku.Takkan tidak kurindu masa budakku, mencapai kejayaan yg ibubapa inginkan. Takkan tidak kurindu zaman remajaku, sepatutnya kuturut semua. Namun mungkin telah sampai usia memberontakku, menghampakan semua hati yg kasih. Takkan tidak kurindu usia mudaku, melakukan semua apa yg suka. Mengikut kata hati. Menurut kemahuan diri.
Telah kufikir harusku lari dari semua ini lalu kuterbang jauh.
Jauh, membuatku menghargai semuanya. Kulihat pengorbanan mereka. Mereka. Mereka meninggalkan ibubapa utk masa depan yg lebih baik. Mereka meninggalkan suami utk masa depan yg lebih baik. Mereka meninggalkan anak utk masa depan yg lebih baik. Lebih baik, dr sudut pandangan mereka. Bkn awk. Bkn diriku. Kucuba fahami betapa besar pengorbanan itu. Siapa yg suka hidup berjauhan dgn suami? Siapa yg sanggup meninggalkan anak anak membesar tanpa mereka disisi? Siapa yg sanggup meninggalkan ibubapa yg pastinya sudah tua? Namun akan ada hati yg berkata, tidak perlu mereka mengejar dunia, tidak perlu mengejar harta sampai mereka tinggalkan keluarga. Tp siapakah kita utk menilai? Mereka punya alasan sendiri, mereka punya misi sendiri, tak mungkin pula semua cerita harus dikongsi. Yang penting semua gembira, bahagia.
Bahagia, kurasakan ketikaku jauh di sana. Ketika dia mahu berjumpa ibubapaku sedangkan aku tidak dekat. Dia telah kukenal sebelum kupergi jauh tp tidak kusangka dia menyimpan lama perasaannya itu. Disimpan diam kerana ku selalu berpunya, disimpan dalam dalam takut ku tolak. Dan kerana dia ku pulang awal. Kerana dia mahu membina keluarga. Keluarga yg kurasakan sgt bahagia.
The past that made me who I am today.
Syukur padaMu ya Rabb, alhamdulillah.
Comments
Post a Comment