Kerja Nurse vs Kerja Anak/Waris?



Tersenyum kami bila pesakit memuji nurse, melonjak gembira di dlm hati bila waris pesakit berterima kasih bahkan ada juga yg menghadiahkan kad ucapan atau kek tanda penghargaan. Selalu juga kami tolak tetapi atas dasar hormat kami terima pemberian itu. Bukanlah itu semua yg kami dambakan, cuma senyuman & terima kasih dpt menguatkan kudrat yg ada utk meneruskan tanggungjawab. Memang tanggungjawab nurse memberikan perawatan kpd pesakit. Memang tanggungjawab nurse membantu dlm pengurusan diri pesakit. Namun adakah itu menyebabkan waris tidak perlu bertanggungjawab dlm menguruskan pesakit? Disebabkan berada di hospital tanggungjawab sebagai anak/waris lesap? Adakah bertujuan dtg melawat sahaja? Adakah bertujuan duduk di kerusi sahaja?

Perlukah kita sebagai waris melakukan kerja kerja nurse itu? Pandaikah kita menukar lampin org tua kita ini? Perlukah kita memanggil nurse utk menyuap makan org tua kita? Ketahuilah, nurse tidak belajar utk menyuap pesakit dan menukar lampin, melainkan kami belajar utk mempastikan pesakit mendapat cukup khasiat dan berada dalam keadaan bersih. Jadi biasanya kami akan membersihkan pesakit tatkala semua org sedang lena kerana jika sudah siang tentunya tidak berkesempatan lg utk kami membuatnya. Bukanlah kerja nurse ni hanya terhadap pesakit, nurse perlu mengikut doktor merawat pesakit. Jd kalau terlambat menghadiri panggilan pesakit mungkin kerana doktor sdg mengarah sesuatu kpd nurse malah mungkin nurse sdg bersama pesakit lain yg lbh memerlukan ketika itu. Percayalah, bila nurse sudah selesai dgn tanggungjawabnya ketika itu, nurse akan dtg kpd kita. 

Kemudian kita mintalah tlg kpd nurse, mintalah dgn baik bukan mengarah. Nurse bkn kerja di bawah kita, nurse bkn org suruhan kita. Adalah lbh baik kita turut sama membantu nurse samada menyuap pesakit atau menukar lampin. Buat semua itu bersama sama. Kita juga kan yg akan menjaga org tua kita nanti di rumah? Ambillah peluang belajar bagaimana caranya utk menukar cadar, mengangkat pesakit, menukar lampin ketika pesakit masih berbaring di atasnya. Cuba cubalah suapkan pesakit, sikatkan rambutnya, urutkan kakinya. Bukankah yg sakit itu org tua kita? Tetapi janganlah pula dek kerana pesakit ada waris bersamanya maka nurse buat tak endah. Bantulah waris tersebut, sudah 1000 rahmat waris ingin membantu maka bantulah seadanya. Ketahuilah, waris tidak tahu apa yg blh apa yg tidak blh dilakukan kpd pesakit malah itu mungkin kali pertama org tuanya sakit. Bantulah.  Sedangkan nurse pun dtg berdua menukar lampin pesakit, atau cadar, tak mungkin pula waris mampu melakukannya sendiri. Andainya waris dianggap pandai melakukannya sendiri, tergamakkah nurse membiarkan waris seorang diri?

Pokok pangkalnya ini semua bergantung kepada individu. Janganlah dipersalahkan nurse secara keseluruhannya. Janganlah diletakkan salah pada waris seluruhnya. Diri sendiri tahu tanggungjawab masing masing yg mana akhirnya di hati & di jiwa akan berasa tenang atau resah, gembira atau gundah. Nurse perlu betulkan niat bekerja, bekerja kerana Allah. Waris perlu betulkan niat berada disisi pesakit kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan tlg org yg tlg org lain. 

p/s : Nurse, teruskan menjadi nurse yg baik. 
      : Nurse, perbaiki kerja & cuba jadi nurse yg lbh baik. Hanya kita yg tahu kita baik atau tidak baik, sbb Allah mmg akan tutup aib kita. Maka perbaikilah, moga Allah terima penat lelah kita sebagai pahala. 
      : Waris, ambillah peluang balas jasa org tua. Teruskan jd anak yg baik. 
      : Waris, minta komplen di saluran yg betul & fikirkan juga mampukah kita menjaga mereka di rumah. Andai di rumah nnti sama jadinya apa yg dikomplen kpd nurse, bangunlah, sedarkan diri. 






Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Kidzania, Kami Kembali Lagi!