SARS-associated coronavirus (SARS-CoV)
Wabak SARS telah dilaporkan di selatan China dan kebanyakan Negara Asia, Eropah dan Australia. World Health Organization (WHO) mengumumkan jangkitan SARS yang pertama merebak pada Februari 2003 dan berakhir Julai 2003. Wabak SARS telah menjejaskan 26 buah negara dengan 8000 kes.
Virus ini dikenali sebagai SARS-CoV (SARS coronavirus) yang mengakibatkan Severe Acute Respiratory Syndrome (Sindrom Pernafasan Akut Teruk).
Faktor risiko
- Hubungan yang rapat dalam tempoh 10 hari dengan pesakit SARS
- Perjalanan dalam tempoh 10 hari di kawasan dijangkiti SARS yang dilaporkan oleh WHO di Asia
- Perjalanan atau lawatan dalam tempoh 10 hari di tempat-tempat yang ada kes SARS seperti di hospital
Disyaki kes SARS jika ada kriteria seperti:
- Individu yang ada tanda-tanda demam (suhu badan melebihi 38°C)
- Satu atau lebih tanda-tanda seperti batuk, nafas yang laju dan sukar bernafas. (Bagi bayi dan kanak-kanak mungkin terdapat tanda-tanda spesifik letih, keluh kesah dan hilang selera makan).
- Satu atau lebih seperti di bawah :
- Hubungan yang rapat (tinggal bersama atau hubungan yang rapat atau hubungan yang terus dengan titisan hidung, kahak dan titisan cecair/rembesan dari badan pesakit SARS mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu)
- Perjalanan yang dibuat di antara 10 hari atau semasa berlakunya gejala oleh laporan WHO di kawasan atau negara yang dijangkiti.
- Perjalanan yang dibuat di antara 10 hari atau semasa berlakunya jangkitan di hospital yang ada pesakit SARS.
- Tidak diketahui apakah penyebab penyakit
Kes berkemungkinan
- Individu yang menepati kes kriteria disyaki dan jangkitan paru-paru yang tidak diketahui punca.
Tanda-tanda dan gejala
Berlaku selepas 2-7 hari selepas terdedah kepada virus SARS.
Berlaku selepas 2-7 hari selepas terdedah kepada virus SARS.
Bayi dan Kanak-kanak:
- Demam melebihi suhu 38°C
- Batuk, pernafasan yang cepat, sesak nafas
- Kurang selera makan
- Letih, keluh kesah
Remaja:
- Demam melebihi suhu 38°C
- Batuk, sesak nafas
- Kurang selera makan, pernafasan yang cepat
- Sakit kepala, rasa letih, sakit badan
- Cirit-birit
Kadang kala sakit kepala mungkin akan berkurangan dan demam serta menggigil bermula selepas itu dan menggeletar sebentar. Batuk, sesak nafas dan pernafasan laju tidak mungkin berlaku untuk 2-3 hari kemudian. Apabila penyakit ini berterusan, 20-30% kanak-kanak mungkin mengalami jangkitan paru-paru.
Penyebaran Jangkitan SARS
Melalui titisan cecair - Jika sekiranya individu yang mengalami SARS, batuk atau bersin dengan tidak menutup mulut
- Ciuman, pelukan atau pun berkongsi peralatan makanan
- Menyentuh objek yang mengandungi titisan berkuman, dan seterusnya menyentuh mulut, hidung dan mata
Ujian untuk SARS
- Ujian PCR (caranya untuk mengesan kandungan virus) SARS boleh dikesan melalui virus di dalam darah, najis, titisan cecair dari hidung dan mulut.
- Antibodi untuk Virus SARS diuji selepas jangkitan dalam darah (Antibodi dihasilkan oleh sistem imun badan untuk melawan penyakit tertentu)
- Pertumbuhan dan isolasi virus (untuk kultur viral, sampel cecair atau pun tisu yang terkena jangkitan di simpan di dalam bekas bersama dengan sel virus yang akan membiak. Jika didapati pembiakan virus di dalam kultur, ia akan melibatkan pertukaran di dalam sel yang boleh dilihat di bawah mikroskop.
Pneumonia atau Sindrom Distress Pernafasan Akut (ARDS) boleh menyebabkan maut.
Rawatan
Rawatan simptomatik.
Berehat, lebihkan minum air dan dapatkan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk meredakan demam.
Tiada rawatan khusus untuk SARS.
Langkah berjaga-jaga
- Patuhi semua nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
- Elakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air dan jaga kebersihan diri.
- Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut.
- Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
- Jika anda berada dekat (dalam lingkungan satu meter) dengan seseorang yang mempunyai gejala SARS semasa dalam perjalanan, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk melindungi mulut dan hidung.
- Segera dapatkan rawatan jika sakit. Maklumkan pihak kesihatan jika anda pernah ke kawasan yang dijangkiti SARS dalam tempoh 10 hari sebelum jatuh sakit.
Baca juga:
Comments
Post a Comment