Sunat Dalam Solat Yang Ditinggalkan

Ada satu sunat dalam solat yang telah agak lama saya tinggalkan, hampir 10 tahun sudah.

Kenapa?

Sebab ada satu ketika saya bertanyakan tentang maksud bacaan semasa iktidal yang panjang sedikit kepada seorang sahabat yang saya anggap lebih arif tentang solat dan agama. Kemudian beliau mengatakan tiada bacaan seperti itu sedangkan saya telah mengamalkannya sejak darjah lima.

Saya terkejut dan risau, lalu terus menghentikan amalan tersebut kerana saya tidak mampu ingat dari sumber mana saya menghafalnya, mungkin juga ustazah KAFA. Saya risau jika saya terambil bahan bacaan yang salah sebab pernah dulu arwah ayah menapis bahan bacaan saya dan membuang jenis yang tiada permit KDN.

Kemudian ada beberapa wirid selepas solat yang saya tinggalkan lebih kurang 2 tahun kerana terdapat ceramah beberapa ustaz menyatakan ketidakperluan bacaan-bacaan tersebut. Wirid-wirid itu ialah bacaan selepas memberi salam ke kanan, bacaan selepas memberi salam ke kiri dan bacaan semasa menyapu tangan ke muka.

Tapi saya sudah mulai kembali mengamalkan perkara tersebut bila terjumpa sebuah buku di rumah mertua karangan Dato' Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat. Ya Allah, syukur padaMu kerana menggerakkan hatiku membelek buku itu lalu menjumpai sinar terang untukku mengamalkan semula sesuatu yang telah kutinggalkan.



Bacaan semasa iktidal

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَالسَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمِلْ الأَرْضِ وَمِلْءَمَاشِئْتَ مِنْ شَيْءٍبَعْدُ
"Wahai Tuhan kami Engkaulah pujian yang memenuhi tujuh petala langit, bumi dan memenuhi apa yang Engkau (Allah) kehendaki daripada sesuatu sesudah ini."

Bacaan selepas memberi salam ke kanan

اَللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ
"Ya Allah (kami) memohon keredaan dan syurgaMu."

 Bacaan selepas memberi salam ke kiri

وَأَعُوذُبِكَ مِنْ سَخَّطِكَ وَالنَّارِ
 "Aku memohon perlindungan daripada kemurkaanMu dan daripada azab api neraka."

Bacaan semasa menyapu tangan ke muka

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَالرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ، اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّ الهَمَّ وَالحَزَنَ
"Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhan hapuskanlah daripadaku kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita."





Baca juga:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI