AMALAN ZIKIR HARIAN DAN FADHILATNYA



1. Sabda Rasullah SAW, "Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (HR Muslim)

2. Rasulullah SAW bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon." (HR Ibnu Majah)

3. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Seutama-utama al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (HR Hakim dan Baihaqi)

4. Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca al-Quran sekali khatam.”

5. Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca surah al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Nabi SAW bersabda, “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

7.     Dari Abu Darda RA dari Nabi berkata, “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

8.     Diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda RA bahawa Nabi SAW berkata, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

9. Sabda Rasulullah SAW, “Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata, “Tidak ada kesusahan bagimu.”

10. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah al-Baqarah dan al-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai sekelompok awan, atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan membela pembacanya di hari kiamat.”

11. Abu Sa`id al-Khudri RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.” (HR al-Hakim dan Baihaqi)


#imnotesselfreminder
#happinessisonlyrealwhenshared

Baca lagi:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Kidzania, Kami Kembali Lagi!