Fardu dan Sunat Wudhu Serta Bacaannya

Solat menjadi tidak sah tanpa wudhu maka fardu wudhu ada 6 dan terdapat juga amalan sunat ketika wudhu.

Makna Wudhu 
Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.

FARDU dan SUNAT Wudhu serta bacaannya:

1. Membaca basmalah 

بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ أَشْهَدُ 
أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُه
“Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Serta aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hambaNya dan rasulNya.”

Sekiranya terlupa dan teringat ketika pertengahan wudhu maka sunat dibaca:

بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
“Dengan nama Allah dari mulanya dan juga akhirnya.”

2. Membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan 

بِسْمِ اللهِ وَالحَمْدُللهِ الَّذِي جَعَلَ المَاءَطَهُورًا وَلَمْ يَجْعَلْهُ نَجْسًا
“Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah, yang menjadikan air ini suci dan tidak menjadikannya najis.”

3. Berkumur-kumur 

اَللّٰهُمَّ لَقِّنِي حُجَّتِي يَوْمَ أَلْقَاكَ وَأَطْلِقْ لِسَانِى بِذِكْرِكَ
“Ya Allah, sampaikan kepadaku hujahku pada hari aku bertemu denganMu. Dan bebaskan lisanku dengan zikir kepadaMu.”

4. Memasukkan air ke dalam hidung

اَللّٰهُمَّ لاَ تَحْرِمْ عَلَيَّ رِيحَ الجَنَّةِ وَاجْعَلْنِي مِمَّنْ يَشُمُّ رِيحَهَا وَرُوحَهَا وَطِيبَهَا
“Ya Allah, jangan Engkau haramkan bagiku bauan syurga. Serta jadikan aku daripada golongan orang yang mencium bauannya, kenikmatannya dan keharumannya.”

5. Niat 

نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ  الأَصْغَرِ لله تَعَالىٰ
“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.”

6. Membasuh muka (dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut, di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu termasuk bulu mata, misai, kening, janggut dsb)

اَللّٰهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِيْ بِنُورِكَ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهُ أَوْلِيَاءِكَ، وَلاَ تُسَوِّدْ وَجْهِي بِظُلُمَاتِكَ يَوْمَ تَسْوَدُّ وُجُوهُ أَعْدَائِكَ
“Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau.”

7. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku (hendaklah dilebihkan had basuhan ke atas siku sedikit)

Semasa membasuh tangan kanan:
اَللّٰهُمَّأَعْطِنِي كِتَابِي بِيَمِيْنِي وَحَاسِبْنِي حِسَا بًا يَسِيْرًا
“Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkan kepadaku dengan hisab yang mudah.”

Semasa membasuh tangan kiri:
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ أَنْ تُعْطِيَنِيْ كِتَابِي بِشَمَالِي أوْمِنْ وَرَاءِظَهْرِي
“Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun belakangku.”

8. Menyapu kepala dengan sedikit air

اَللّٰهُمَّ غَشِّنِي بِرَحْمَتِكَ وَأَنْزِلْ عَلَيَّ مِنْ بَرَكَاتِكَ وَأَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّكَ
“Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau.”

9. Menyapu semua bahagian kepala

10. Membasuh kedua-dua telinga

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُاللهمَّ اسْمَعْنِي مُنَادِيَ الجَنَّةِفِي الجَنَّةِمَعَ الأَبْرَارِ
“Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya mengikuti yang mana lebih baik. Ya Allah dengarkanlah kepada seruan syurga di syurga bersama-sama orang yang melakukan kebajikan.”

11. Membasuh kaki hingga ke buku lali 

اَللّٰهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيهِ الأَقْدَامُ
“Ya Allah tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan kaki-kaki.”

12. Menyelati jari tangan, jari kaki, misai dan janggut

13. Mendahulukan membasuh yang kanan dari yang kiri

14. Menyapu atau membasuh setiap anggota tiga kali

15. Tertib 



Baca lagi:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI