Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI






Nayn baca buku SRAI bahagian bacaan. Ada beberapa bahagian iaitu BM, BI, Jawi dan Arab.  p/s pakaikan Nayn klip rambut sebab ada chicken pox di dahi.


Pagi ni lepas breakfast, makan ubat dan sapu ubat, Nayn nak cuba baca BM, BI, Jawi dan Arab.
Kita cuba ya sayang. Doakan Nayn berjaya ya semua dalam placement test hujung bulan ini. InsyaAllah.

Sebelum ini memang saya tak cuba pun ajar Nayn membaca sehinggalah tahun lepas bulan September mcm tu sahabat saya sebut yg Nayn mungkin dah blh membaca sebab dia dah blh speaking London.

Sejurus kemudian saya terus belikan Nayn Peter & Jane dan ajar dia membaca BI. Alhamdulillah. Berjaya. Memang agak senang utk dia baca BI.



BM pula, saya masih tak kisah untuk ajar dia sehinggalah saya confirm dia perlu ambil test lisan BM. Jadi bulan April tahun ini saya mula ajar dia BM. Saya cuma guna buku Kamus Pertama Sayangku. Dalam 2 minggu rasanya proses tu sebab saya hanya ajar dalam 15-20 minit sehari.

Minggu berikutnya saya ajar Nayn jawi pula. Dalam seminggu alhamdulillah dia dah blh baca merangkak-rangkak guna buku Ibu Ajarku Jawi. Buku tersebut ada 7 buah jadi 1 buah sehari.


Setelah itu saya cuma ajar Nayn menghafal perkataan² dalam bahasa Arab seperti anggota badan, warna, buah, dan basic tentang Nabi Muhammad serta waktu solat fardhu.

Lastly baru ajar Nayn hafal 6 surah termasuk ayat Kursi. Dalam pada tu ada juga guru mengaji ajar Nayn Iqra buku pink. (Baru sampai Iqra 2 mukasurat 4) jadi saya terpaksa ajar Nayn sendiri sedikit sebanyak laju sedikit memandangkan dia ada exam baca lisan Arab juga 29 Jun ni. Alhamdulillah sket² dapat juga Nayn tangkap.





Allahu akbar, Subhanallah, Alhamdulillah. Yg penting kena banyak sabar sbb kita pun tak terus pandai kan dulu. Haaza min fadhli rabbi.

Baca juga:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019