Doa Sekeping Hati Yang Mencari Jodoh Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim. 

Segala puji bgi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yg semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan ku, hidupkan ku dgn iman, matikan aku dlm iman, serta masukkan aku ke dlm syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan ku, ampunilah segala dosa kesalahan ku dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa ku, serta kesihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka berdua mengasihani aku semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur ku dgn kesudahan yg baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur ku dengan kesudahan yg tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan ku, janganlah Engkau pesongkan iman ku sesudah Engkau kurniakan kepada ku petunjuk. Anugerahilah aku rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.


Wahai Tuhan ku, kurniakanlah kepada ku kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah aku daripada azab neraka.


Ya Allah, aku memohon kepadaMu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. 
Ya Allah, aku memohon kepadaMu ampunan dan keselamatan dlm agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah auratku (aib dan perkara yg tidak patut dilihat org) dan tenteramkan aku dari ketakutan. Ya Allah, jagalah aku dari depan dan belakangku, dari kanan dan kiriku, dan dari atasku dan aku berlindung dgn keagunganMu supaya tidak disambar dari bawahku.


Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,


Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yg tidak mampu mengawal diriku daripada
fitrah seorang manusia yg memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami, memerlukan keluarga..
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.
Ya Allah seandainya telah Kau catatkan dia adalah jodohku yg akan menjadi suamiku, satukanlah hatinya dgn hatiku, permudahkanlah perkara ini dan berikan aku kesabaran utk menantinya ya Rahim.
Dan ya Allah, seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, ya Allah lenyapkan rasa sayang dan cinta yg ada ini buat dirinya, tutupkan hati dan fikiranku dari mengenang dia. Pelihara aku dari kekecewaan serta berikan aku kekuatan melontar bayangnya jauh dari hidupku agar aku bahagai walaupun tanpa dirinya.

Ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Ya Allah, pasrahkan aku dgn takdirMu. Sesungguhnya Kau telah takdirkan apa yg terbaik utk ku kerana Kau Maha Mengetahui. Cukuplah Kau sahaja jadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Jangan biarkan aku sendirian, menjuruskan aku kepada maksiat dan dosa, maka Kau kuniakan aku pasangan yg beriman supaya kami dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yg Kau redhai dan kurniakan kami keturunan yg soleh.

Ya Allah, kumohon padaMu ya Allah ya tuhanku,
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Comments

  1. panjangnya doa.. =) amin amin amin ya robbal alamin...

    ReplyDelete
  2. msti la panjang. Dia kan suke kita meminta pdNya :) thanks max amnkan doa Im ^^ sgt hargainya

    ReplyDelete
  3. Dh lama rupanya blog ni.. bila rindu kt my bestie ni.. blh la imagine celoteh im kt cni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww who’s this? 🤭 sorry tak cam!

      Dah lama tp selalu update fb je, easier.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Kidzania, Kami Kembali Lagi!