Hari Sukan Sekolah Nayn

Hari ini hari sukan sekolah Nayn tapi saya dan juga suami langsung tidak memohon cuti untuk turut serta meraikan hari sukan tersebut. Bukan tidak pernah saya tanya Nayn, “Ada masuk apa-apa acara ke Nayn?”

Dan jawapan Nayn sentiasa, “Nayn tak terpilih.”

Maka itu menjadi antara sebab tiada keperluan untuk kami ke sana lainlah kalau Nayn terlibat. Semalam Amira, ibu kepada kawan sekelas Nayn mesej, “Salam mommy. Nayn kenal betul dengan mama Danish yer. Dari jauh dah hulur tangan nak salam. Good boy la Nayn 😘 Sempat Nayn borak-borak sementara tunggu Danish  sampai ke pagar sekolah. Dia borak, “Tadi kan Nayn tengok cerita Boboiboy 2.” “Sempat tanya esok mommy dtg tak hari sukan?” Nayn angguk. Pastu Danish sampai. Saya suruh Nayn dgn Aqil duduk kat pondok guard tu 😁”

Menerusi mesej tersebut menunjukkan Nayn fikir saya akan pergi maka  saya beritahu Nayn malam tadi, “Nayn, tahu kan Mommy tak pergi hari sukan esok? Mommy hantar Nayn macam biasa lepastu Mommy pergi kerja.” Saya nampak wajahnya berubah. “Ya Allah adakah dia mengharapkan aku ada di sisinya esok?” fikir saya. 

Kemudian saya menyambung, “Kalau Mommy pergi, Mommy tengok orang lain yang main. Nayn tak main.. So I don’t have be there, okay baby?”

Nayn mengangguk dan membuka topik lain. 

Hari ini, Amira hantar gambar Nayn menang tempat kedua bawa guli dalam senduk. Dapat juga gambar-gambar dari Izzah. Terima kasih banyak-banyak tolong ambilkan gambar, saya sangat hargainya. Jazaakumullahu khayran. 




Dari kiri: Danish, Amir Hamzah (Ketua Kelas) dan Nayn. 


Maafkan Mommy ya anak. Mommy betul-betul tak tahu yang Nayn pun main. Patutlah muka Nayn kecewa bila Mommy ckp Mommy tak datang untuk hari sukan. Maaf ya sayang, lain kali tak payah nak secretive sangat (Atau Nayn memang tak ada idea yang dia masuk apa-apa acara) hihi.

Baca juga:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI