Posts

Showing posts from 2020

Nayn| Qadha Solat Lepas Baik Demam

Image
Semalam Nayn tak berapa sihat jadi kami tak ajak dia solat dan biarkan dia berehat. Cuma dia diberitahu, “Kalau Nayn dah besar macam umur 10 tahun macamtu, Nayn mesti kena qadha solat.” Menjelang jam 10-11 malam dia sebut dia dah feel better. Alhamdulillah. Lebih kurang jam 5:30 pagi gambar ini diambil, “Mommy kena tunggu sini sampai Nayn siap solat Isyak, Maghrib, Asar, Zohor tau,” pesannya pada saya. “Ya, Mommy pun tengah tunggu mesej dari daddy dah sampai workplace tak...” Mohd Zaki Mohd Ariff, cerita pagi ini bila awak tengah otw; kena panggil on-call. Nak menitik airmata saya tengokkan dia. “Ya Allah, ya Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir, jadikanlah kami dan anak cucu kami orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Rabb kami, perkenankanlah doa kami.” #zqNayn supergoodboy الحمدلله #2gether4evertilljannatulfirdaws ا ن شا ءالله Nayn Learning Steps: ABC Animals and Dinosaurs  Kidzania!  Panduan ke Kidzania Kali Pertama Angry Birds Splash Water Wo...

Puasa Ramadhan

Image
Apa itu PUASA? Menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar (masuk waktu Subuh) dan tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib).  HUKUM Fardu (wajib) dalam bulan Ramadhan.  RUKUN 1. Menahan diri dari perkara yang boleh membatalkan puasa.  2. Niat.  Kenapa WANITA HAID TIDAK BOLEH Puasa? Kehendak syarak (Allah).  PUASA Dan MENGHADIRI MAJLIS/ KERAIAN Lebih afdal berbuka (jika puasa sunat) sekiranya orang yang menjemput itu diketahui akan tersinggung jika tidak menjamah makanan.  Namun sekiranya orang yang menjemput tidak tersinggung, lebih afdal diteruskan puasa sunat. Tapi jika dia berpuasa qadha, maka tidak boleh dia membatalkan puasa. Kalau dibatalkan puasa, dikira berdosa.  BERPUASA Mengikut MAZHAB LAIN? Tidak boleh.  KANAK-KANAK Yang BELUM BALIGH TAPI SUDAH MUMAYYIZ TIDAK MAHU Berpuasa Dibolehkan ibu bapa/ penjaga menghukumnya dengan cara merotan umpamanya dengan niat men...

Kebanyakan Prasangka Adalah Dosa

Image
Wahai orang-orang beriman, jauhilah prasangka kerana sebahagian prasangka adalah dosa. Sangkaan itu adanya di dalam (hati), kalau sudah terungkap namanya mengumpat. Tapi yang berada di dalam prasangka itu, diyakini prasangka buruknya adalah benar, ini prasangka yang dosa iaitu namanya buruk sangka. Eh dia belum ucap, eh dia belum buat, ya tapi ia diyakini di dalam (hati) akan prasangka buruk terhadap si fulan atau fulanah maka prasangka yang buruk itulah menyebabkan dosa di dalam hatinya walaupun belum terungkap.  Lalu bagaimana dgn hadis Nabi SAW yg bermaksud, “Allah memaafkan terhadap umatku..” Kalau ada kalimat maaf maknanya ada perbuatan salah tapi dimaafkan oleh Allah. Salahnya tetap salah. Apa yang dimaafkan oleh Allah daripada perbuatan salah itu? “Apa yang bermain di dalam hati, dada seseorang daripada perkara yang mungkar selagi tidak bercakap atau dibuat, maka itu dimaafkan oleh Allah SWT.” Lalu perasaan prasangka buruk itu tadi katanya dosa?  Ya, ya...

Hamba Pilihan Allah

Image
Kita tidak akan menghina seseorang apabila kita tidak duduk di tempat kemuliaan. Ketika kita mula dimuliakan, kita rasa orang di kiri kanan kita adalah orang yang hina. Begitu juga semasa kita tidak diberikan harta oleh Allah SWT. Ketika itu kita anggap semua orang sama tetapi apabila Allah menganugerahkan kita harta, ketika itu kita mula memiskinkan orang lain. Siapa boleh jamin tahun ini dia tak mengumpat orang?  Yang tak mengata orang, orang ini tak betul, orang itu tak betul dalam group WhatsApp dan sebagainya? Siapa boleh jamin dia soleh tahun ni? Mengumpat ni Nabi kata: Semua pahala kita bagi dekat dia, semua dosa dia kita ambil. Umur 60 tahun, agak-agak berapa orang kita mengumpat? Ada 1000 orang? Dalam 1000 orang, berapa orang kita dah minta maaf? Nabi kata: Hasad ini memakan amal yang soleh sepertimana kayu yang kering dimakan oleh api. Habis semua. Dulu sikit orang bijak tapi ramai orang baik. Sekarang ramai orang bijak tapi sikit orang baik. Apabila All...

Kenapa takut pada fitnah Dajjal?

Dalam sebuah hadis dari Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW diriwayatkan bersabda, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya sejak Allah memperbanyakkan keturunan Adam itu tidak adalah fitnah di atas muka bumi ini yang lebih besar selain fitnah Dajjal. Dan Allah AWJ tidaklah mengutuskan seorang nabi pun kecuali mereka memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal. Aku ialah nabi yang terakhir dan kamua semua pula adalah umat yang terakhir. Sesungguhnya Dajjal itu pastilah akan muncul di tengah-tengah kamu semua.” (HR Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim di dalam Mustadrak). Dajjal itu fitnahnya ialah kesyirikkan global dan kehancuran dunia serta mengangkat kekufuran dan menyeliputi seluruh alam dengan kepalsuan dan kebatilan. Bukan siapa-siapa yang mampu melawan Dajjal bahkan rasul khas ditugaskan secara khusus untuk memerangi Dajjal iaitu Nabi Isa AS. Marilah kita sama-sama berusaha menyelamatkan diri dari fitnah ini dgn salah satu amalan berikut, dan/ atau semuanya. 1. Baca Surah alKahfi...

MCO | Germs Experiment

Simple experiment for kids to show how important hand wash is. Nayn Learning Steps: ABC Animals and Dinosaurs  Kidzania!  Panduan ke Kidzania Kali Pertama Angry Birds Splash Water World Kindergarten: Little Diamond Fun Run 2019 Late Bloomer PERMATApintar Intelligence Online Test Panduan Permohonan Kemasukan SRAI Persediaan Ujian Kelayakan SRAI (UKS) Indoor Games: Monopoly #zqnayn supergoodboy الحمدلله

Wanita Mudah Masuk Syurga

Wanita paling mudah masuk syurga tapi paling ramai dalam neraka. Kenapa? lambat mandi wajib walaupun dah kering darah haid  tidak menjaga aurat (aurat wanita= satu badan kecuali muka dan dua tapak tangan) tidak menjaga mulut dan menyinggung hati suami Oleh itu marilah kita menjaga DUA PERKARA yang meletakkan kita di dalam syurga, iaitu: Jaga hubungan dengan Allah SWT dan nabi Muhammad SAW : Jaga solat dan jaga aurat Jaga hubungan dengan suami Wallahu taala a'lam Baca juga: Asma’ul Husna Doa Mencari Jodoh  Doa Mohon Allah Jagakan Anak Kita Fardu Dan Sunat Wudhu Rukun Solat Zikir Harian dan Fadhilatnya Amal Surah alKahfi Setiap Jumaat Sunat Dalam Solat

Indoor Time : Monopoly

Image
Hari ini kita main Monopoly yang ini sebab sebelum ini kami main Monopoly Avengers hadiah hari jadi Nayn tahun lepas dan sengaja ditinggalkan di rumah mertua memandangkan ia menjadi rutin bermain monopoly setiap kali ke sana. Nayn suka main Monopoly dan kami akan menghabiskan 2-3 jam bermain. Sebenarnya Monopoly adalah salah satu board game kegemaran saya sejak kecil selain Sahibba. Biasanya saya dan adik menghabiskan berjam-jam dengan Monopoly/ Sahibba ketika lingkungan usia 6-15 tahun. Begitu lama dan tak pernah bosan dan yang penting tak pernah gaduh!! Oh ada satu lagi, main chess tapi bukan minat saya sangat. Bolehlah main setakat kalah di Pertandingan Catur Bawah 18 tahun di USM Kubang Kerian ketika usia 14 tahun, mewakili MRSM Pasir Tumboh. Main monopoly sedikit sebanyak dapat bantu Nayn mengira yang simple-simple pada dadu. Mengira duit yang basic-basic. Nanti kalau dah laju mengira barulah boleh beli Monopoly Electronic Banking. Haaaa yang tu maybe lepas 2-3 tahun okay, ...

Hari Sukan Sekolah Nayn

Image
Hari ini hari sukan sekolah Nayn tapi saya dan juga suami langsung tidak memohon cuti untuk turut serta meraikan hari sukan tersebut. Bukan tidak pernah saya tanya Nayn, “Ada masuk apa-apa acara ke Nayn?” Dan jawapan Nayn sentiasa, “Nayn tak terpilih.” Maka itu menjadi antara sebab tiada keperluan untuk kami ke sana lainlah kalau Nayn terlibat. Semalam Amira, ibu kepada kawan sekelas Nayn mesej, “Salam mommy. Nayn kenal betul dengan mama Danish yer. Dari jauh dah hulur tangan nak salam. Good boy la Nayn 😘 Sempat Nayn borak-borak sementara tunggu Danish  sampai ke pagar sekolah. Dia borak, “Tadi kan Nayn tengok cerita Boboiboy 2.” “Sempat tanya esok mommy dtg tak hari sukan?” Nayn angguk. Pastu Danish sampai. Saya suruh Nayn dgn Aqil duduk kat pondok guard tu 😁” Menerusi mesej tersebut menunjukkan Nayn fikir saya akan pergi maka  saya beritahu Nayn malam tadi, “Nayn, tahu kan Mommy tak pergi hari sukan esok? Mommy hantar Nayn macam biasa lepastu Mommy pergi kerja...

Sunat Dalam Solat Yang Ditinggalkan

Image
Ada satu sunat dalam solat yang telah agak lama saya tinggalkan, hampir 10 tahun sudah. Kenapa? Sebab ada satu ketika saya bertanyakan tentang maksud bacaan semasa iktidal yang panjang sedikit kepada seorang sahabat yang saya anggap lebih arif tentang solat dan agama. Kemudian beliau mengatakan tiada bacaan seperti itu sedangkan saya telah mengamalkannya sejak darjah lima. Saya terkejut dan risau, lalu terus menghentikan amalan tersebut kerana saya tidak mampu ingat dari sumber mana saya menghafalnya, mungkin juga ustazah KAFA. Saya risau jika saya terambil bahan bacaan yang salah sebab pernah dulu arwah ayah menapis bahan bacaan saya dan membuang jenis yang tiada permit KDN. Kemudian ada beberapa wirid selepas solat yang saya tinggalkan lebih kurang 2 tahun kerana terdapat ceramah beberapa ustaz menyatakan ketidakperluan bacaan-bacaan tersebut. Wirid-wirid itu ialah bacaan selepas memberi salam ke kanan, bacaan selepas memberi salam ke kiri dan bacaan semasa menyap...

Happy 7th Anniversary, Love!

Image
Dear husband, Today marks our 7th anniversary and   I remember every piece of memories on  that very day, the day my parents give me away to you with enormous desire their only daughter will be in safe hands. The day I swore you're the one I wanna grow old with.  This might sounds cheesy but really, my life would not have been the same if I hadn’t met you. I wouldn’t be the same if you had not become a part of me. You inspired me to become the best version of myself, and I am still struggling to be one.  Millions thanks would never be enough for you being so committed to me and for putting this much effort into our relationship. For appreciating my sacrifices and for making your own. For always being ready to compromise and to do whatever it takes for the sake of our relationship. You are my greatest support, my biggest comfort and my strongest motivation. Thank you for everything. Thank you for shutting your eyes to all my flaws and thank you...

Happy-35-Birthday, Love!

Image
Happy birthday  Mohd Zaki Mohd Ariff May Allah bless u and keep u safe from harm, may He always on your side, may He protect u and our family, our little angel. May Allah continue to bless u with all of the wonderful and great things in life — dunya and akhirah. Happy birthday, Love! p/s Mak nak belanja kita dinner nanti! Infinite Love, Syg Thank you so much, mak, belanja kami semua makan. Moga Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah buat mak. Happy birthday awak! Kita sebayalah! Ahaks Ucapan Hati: 34, Love! 33, Love! 32, Love! 30, Love! 29, Love! Happy 6th Birthday, Son! Happy 5th Birthday, Son! Happy 4th Birthday, Son! Happy 3rd Birthday, Son! Happy 2nd Birthday, Son! Happy 1st Birthday, Son! Happy 6th Anniversary, Love! Happy 5th Anniversary, Love! Happy 4th Anniversary, Love! Happy 3rd Anniversary, Love! Happy 2nd Anniversary, Love! Happy 1st Anniversary, Love! Thank You, Teacher! Happy Kindy Graduation, son! Ya, Saya Ex-MRSM! Ke...

Sajat Buat Umrah

Image
Isu ini sudah sedikit lambat untuk saya memberikan komen dan pendapat. Betul, saya baru tahu tentang kes ini (rupa-rupanya meninggalkan Facebook dan Instagram menjadikan sy outdated). Namun itu sebenarnya yang saya hendak, lari dari dunia yang penuh pancaroba tapi benda ini bukan mudah nak dibuat. Berita ini pun sampai pada saya bila suami ke surau dan ustaz sebut, “Sajat pergi umrah” dan suami menanyakan hal itu pd saya lalu saya katakan, “Bukan Sajat yang pernah pergi umrah, kan Safiey yang pergi dulu.” Tapi benarlah syaitan akan berusaha membisik sehingga saya kalah dan mula mencari-cari berita tentang itu. Ya Allah, betul rupanya Sajat pergi umrah tapi hati saya terus menyebut, “Memang mungkin betul dia khunsa.” Saya memikirkan begitu memandangkan berita yang saya baca tentang  ibu bapa Sajat bersumpah anaknya khunsa . Ada juga terbaca tentang agensi umrah yang menguruskan kumpulan umrah Sajat menyatakan yang memang Sajat berlepas  dengan pakaian lelaki. Saya mencari d...

Hai Si Comel!

Image
Kejadian hari Jumaat baru-baru ini. Kisahnya saya fetch Nayn dari sekolah  dan masa ambil Nayn dekat gate Nayn ckp, “This is  kakak, Mommy. You can take our picca.” “Oh, kakak nama apa?” “Kak Ilzah, Mommy.” Rupanya Nayn turut bermain/berbual dengan murid yang lebih senior, atau memang itu budaya yang diterapkan di sekolah. Bila Nayn nak bye-bye, kakak Ilzah cubit kedua-dua pipi Nayn, “Comelnya Zul..” katanya. Tergelak saya mendengar kedua-dua perkataan tersebut; comelnya dan Zul. Bila sampai di satu traffic light (tengah merah) tak jauh dari rumah, Nayn memberitahu, “Mommy, they’re from SRAI too.” Saya pun menoleh ke kanan dan menurunkan cermin sisi. Bila sahaja mereka ternampak Nayn, mereka menjerit, “Hai si comel!” Tergelak besar lagi Mommy! Siap cakap si comel, mcm kucing pulak! ”Apapun Nayn, Mommy ingatkan pd awak yang awak kena jaga diri betul-betul. Kena ingat protect yourself rules , safe touch and unsafe touch ya sayang.” Doa “Ya Allah ya Hafeez ya Muhaim...

Saya Suka QAYSAA

Image
Sejak beberapa bulan lepas hati saya terdetik untuk membuat perubahan pada cara pakai sehari-hari. Kena berubah. Bila lagi? Saya mula mencari-cari pakaian yang sesuai dengan naluri saya, specifically naluri saya kini — pakaian yang mesra solat tapi tak nampak warak.  Membelek-belek Instagram 2-3 bulan lepas lalu ternampak sepasang pakaian yang betul-betul kena dengan jiwa. Sudah tiba masanya. Saya mulai dengan membeli 2 pasang sebagai percubaan. Selesa sangat-sangat . Kenapalah lambat saya jumpa sinar yang indah ini? Ruginya saya! Kemudiannya saya menambah lagi koleksi sehingga kurang dari 3 bulan saya sudah memiliki sebanyak 12 pasang. Alhamdulillah saya suka dan selesa dengan gaya ini . Moga Allah mempertingkatkan iman dalam hati kita semua hari demi hari dan janganlah Kau gelincirkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk. Terpanggil untuk menulis tentang ini  https://www.instagram.com/p/B75eDpknY2o/?igshid=xuchmr5evveo  Moga berpeluang  memenangi safety-p...

Saya ex-MRSM yang TIDAK Terbeban Dengan Ritual Agama

Image
Tertanya-tanya mengapa group WhatsApp ex-MRSM berkongsi gambar ini maka saya meng-Google mengenainya lalu terjumpa keluhan ini di:  https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/21/ritual-agama-berlebihan-jejas-prestasi-murid-keluh-ibu-bapa/ Betapa saya merasakan pentingnya MRSM sehinggakan itu menjadi halatuju utama untuk Nayn bersekolah menengah kelak. Saya hanya mengambil keputusan untuk Nayn mengambil ujian ke SRAI setelah mengetahui muridnya berpeluang ke MRSM. InsyaAllah jika rezekinya ke situ. Terpanggil untuk saya berkongsi sedikit-sebanyak kenangan lebih kurang 20 tahun dulu, 5 tahun di Maktab Rendah Sains Mara. Takwim persekolahan MRSM sedikit berbeza dengan takwim persekolahan KPM,  seingat saya panggilan ke MRSM lambat seminggu dua dari sekolah-sekolah lain. Kerana itulah arwah ayah dan emak membuat keputusan untuk saya ke sebuah Sekolah Menengah Gred A. Selain itu ada juga panggilan ke SMKA Naim Lilbanat dan beberapa SBP lain. Setelah seminggu...

Merentas Desa | Nayn Learning Steps

Image
                   "Merentas Desa tu apa, mommy?" soal Nayn malam tadi ketika saya menyediakan pakaian dan begnya. "Macam Fun Run," jawab saya. "Alamak I'll be tired!" Sebab itulah mommy siap-siap pack Milo dan roti dalam beg Nayn, sayang. Mommy siapkan Ribena juga dalam botol bertali supaya mudah awak bawa. Untuk acara ini mommy siapkan mini backpack, sekadar cukup untuk memuatkan buku conteng, songkok lipat, roti dan Milo. Kasut sukan pun daddy dah belikan yang sesuai dengan kehendak sekolah, hitam. Kasut sukan yang Nayn pakai minggu lepas telah ditegur kerana warnanya biru. Nayn pakai baju PJK pada hari Rabu lepas kerana belum dapat jadual, rupanya memang ada aktiviti baling-baling bola dan beberapa aktiviti luar yang lain pada hari tersebut, mengikut rumah. Nayn rumah merah dan itulah  pakaian PJKnya.  Hanya beberapa orang murid yang masih berpakaian uniform kerana belum dapat baju. Setelah memper...