Kenapa takut pada fitnah Dajjal?
Dalam sebuah hadis dari Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW diriwayatkan bersabda, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya sejak Allah memperbanyakkan keturunan Adam itu tidak adalah fitnah di atas muka bumi ini yang lebih besar selain fitnah Dajjal. Dan Allah AWJ tidaklah mengutuskan seorang nabi pun kecuali mereka memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal. Aku ialah nabi yang terakhir dan kamua semua pula adalah umat yang terakhir. Sesungguhnya Dajjal itu pastilah akan muncul di tengah-tengah kamu semua.” (HR Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim di dalam Mustadrak).
Dajjal itu fitnahnya ialah kesyirikkan global dan kehancuran dunia serta mengangkat kekufuran dan menyeliputi seluruh alam dengan kepalsuan dan kebatilan. Bukan siapa-siapa yang mampu melawan Dajjal bahkan rasul khas ditugaskan secara khusus untuk memerangi Dajjal iaitu Nabi Isa AS.
Marilah kita sama-sama berusaha menyelamatkan diri dari fitnah ini dgn salah satu amalan berikut, dan/ atau semuanya.
1. Baca Surah alKahfi setiap hari Jumaat.
Abu Sa`id al-Khudri RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca surah alKahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.” (HR al-Hakim dan Baihaqi).
2. Baca hari-hari surah alKahfi ayat 1-10.
Dari Abu Darda RA dari Nabi berkata, “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah alKahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi).
Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan, “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah alKahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
3. Baca hari-hari surah alKahfi ayat 101-110.
Diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda RA bahawa Nabi SAW berkata, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah alKahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
4. Baca doa ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam HR Muslim,
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.
Namun sekiranya kita tidak mampu membaca alQuran, sabda baginda SAW: “Seorang yang lancar membaca alQuran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada Allah, adapun, yang membaca alQuran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)
Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi kesusahannya ketika membaca.
Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Sesiapa membaca satu huruf daripada alQuran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)
Wallahu taala a’lam.
Baca juga:

Comments
Post a Comment