Puasa Ramadhan

Apa itu PUASA?
Menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar (masuk waktu Subuh) dan tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib). 

HUKUM
Fardu (wajib) dalam bulan Ramadhan. 

RUKUN
1. Menahan diri dari perkara yang boleh membatalkan puasa. 
2. Niat. 

Kenapa WANITA HAID TIDAK BOLEH Puasa?
Kehendak syarak (Allah). 

PUASA Dan MENGHADIRI MAJLIS/ KERAIAN
Lebih afdal berbuka (jika puasa sunat) sekiranya orang yang menjemput itu diketahui akan tersinggung jika tidak menjamah makanan. 
Namun sekiranya orang yang menjemput tidak tersinggung, lebih afdal diteruskan puasa sunat.
Tapi jika dia berpuasa qadha, maka tidak boleh dia membatalkan puasa. Kalau dibatalkan puasa, dikira berdosa. 

BERPUASA Mengikut MAZHAB LAIN?
Tidak boleh. 

KANAK-KANAK Yang BELUM BALIGH TAPI SUDAH MUMAYYIZ TIDAK MAHU Berpuasa
Dibolehkan ibu bapa/ penjaga menghukumnya dengan cara merotan umpamanya dengan niat mendidik dan menunjukkan bahawa ibu bapa/ penjaga tidak bersetuju dengan anak tersebut. 

KANAK-KANAK Yang BELUM  MUMAYYIZ  MAHU Berpuasa
Tidak sah. 

KANAK-KANAK Yang  SUDAH MUMAYYIZ  MAHU Berpuasa
Sah puasanya tapi pahala dapat kepada ibu bapanya. 

KANAK-KANAK Yang SUDAH BALIGH

Wajib berpuasa. 

Bulan Ramadhan bakal menjelang 2-3 hari lagi dan tadi Nayn menyebut yang dia ingin bersahur dengan Nestum 3 in 1 Oat.

“Cukup ke?” soal saya.

“Boleh. Last week Nayn puasa sahur susu je,” jawabnya.

“Ya. Itu sehari. Yang ni lama...” balas saya.

Kita lihatlah nanti anak, kemampuan awak macamana.
__________________❤️

Carta diolah dari ceramah Ustaz Wadi Annuar https://youtu.be/gNNhCBdDEfU minit ke 30:00-33:30.

Juga dari ceramah Ustazah Asma Harun https://youtu.be/F1_7_ZpDQXw minit ke 1:23:42-1:33:36
————————❤️

Ustazah Asma Harun ada menyebut, “Perlu menitikberatkan solat lebih berat dari puasa itu sendiri,” dalam konteks puasa kanak-kanak.

Wallahu taala a’lam.





Baca juga:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Kidzania, Kami Kembali Lagi!

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019