Hamba Pilihan Allah

Kita tidak akan menghina seseorang apabila kita tidak duduk di tempat kemuliaan. Ketika kita mula dimuliakan, kita rasa orang di kiri kanan kita adalah orang yang hina.

Begitu juga semasa kita tidak diberikan harta oleh Allah SWT. Ketika itu kita anggap semua orang sama tetapi apabila Allah menganugerahkan kita harta, ketika itu kita mula memiskinkan orang lain.

Siapa boleh jamin tahun ini dia tak mengumpat orang? 
Yang tak mengata orang, orang ini tak betul, orang itu tak betul dalam group WhatsApp dan sebagainya? Siapa boleh jamin dia soleh tahun ni?

Mengumpat ni Nabi kata: Semua pahala kita bagi dekat dia, semua dosa dia kita ambil.

Umur 60 tahun, agak-agak berapa orang kita mengumpat? Ada 1000 orang?
Dalam 1000 orang, berapa orang kita dah minta maaf?

Nabi kata: Hasad ini memakan amal yang soleh sepertimana kayu yang kering dimakan oleh api.

Habis semua.

Dulu sikit orang bijak tapi ramai orang baik. Sekarang ramai orang bijak tapi sikit orang baik.

Apabila Allah pilih akan hamba itu dengan kebaikan, Allah segerakan atas dia bala dalam dunia. Allah bagi kita ujian.

Allah bagi kita sihat, Allah bagi kita sakit. Allah bagi kita senang, Allah bagi kita susah.

Pasal apa Allah tak bagi kita sihat terus sampai mati? Tak bagi kita senang terus tak payah susah-susah?

Maka ulamak kata, supaya menyedarkan kita siapa kita ini, supaya kita tak sombong dan supaya kita ada ruang untuk balik pada Allah semula. Masa kita sihat kita kurang ingat Allah. Masa kita sakit, tasbih duk kat tangan. Bila sihat tasbih duk mana?

Abu Hurairah ditanya kenapa ada biji tasbih ni? Sabit kata benda ni aku ingat Tuhan.

Orang yang paling mulia disisi Allah SWT adalah orang yang paling takut pada Allah SWT. Orang yang takut pada Allah, Allah bagi jalan kelepasan.

Dan apabila Allah hendak seseorang itu tak mahu jadi baik, Allah bagi dia segala kejahatan lalu Allah tangguhkan segala akibat itu di akhirat. Sihat tak sakit-sakit. Firaun, bersin pun tak pernah apatah lagi demam. Tanda Allah tak mahu bagi dia kebaikan, Allah bagi dia kejahatan.

Bila Allah hendak seorang ini jadi baik, Allah akan buka kunci hati hambaNya. Allah terangkan hati kita. Kita mula nampak kebaikan. Kita mula nak beramal balik, tak mahu tinggal dah.

Orang yang solat ba’diyah Isyak 4 rakaat sama macam solat pada malam lailatulqadr. Dengar macam senang tapi siapa yang Allah pilih nak buat?

Siapa yang solat qabliyah dan ba’diyah Zohor 4 rakaat, 4/4, nescaya Allah ampunkan dosa dia walaupun sebanyak buih di lautan. Tapi siapa yang boleh buat? Dengar senang tapi siapa yang Allah anugerahkan terpilih buat perkara tersebut?

Orang yang yakin akan adanya akhirat takkan duduk diam sebab dia tahu susahnya akhirat, kubur susah. Jadi amalkan bacaan surah alMulk sebelum tidur yang menjadi penjaga kita di alam kubur.

Dan menjadikan ia akan hatinya itu menjaga amalnya. Beramal senang, jaga amal susah sebab yang nak bagi perabih amal kita cukup banyak, syaitan, orang. Zaman ni kita tak kenal siapa baik siapa jahat. Tengok rupa macam baik tapi jahat. Fitnah ini jadi macam adat, maksiat ini cukup senang, kebaikan ini seolah-olah tertutup hanya pilihan daripada Allah.

Dan Allah jadikan lidahnya menjadi betul. Gunakan lidah dia sebelum Allah tutup lidah dia. Allah luruskan perangai dia.

Macamana kita nak tahu kita ahli syurga?
Tanya “Kita baik tak?”  “Kita soleh tak?” pada 3 :
1. Pasangan kita
2. Anak-anak kita
3. Jiran kita

Dipetik dari ceramah Ustaz Rizam.
Wallahu taala a’lam.

Ceramah penuh ceramah di sini:


Baca juga:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Kidzania, Kami Kembali Lagi!

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019