Rutin di SRAI
Hari ini Jumaat, hari kedua persekolahan Nayn dan merupakan hari last MommyDaddy dibenarkan hantar Nayn sampai ke kelas. Lepasni hingga 16-17 tahun berikutnya, tidak akan sama dengan yang ini.
Sekolah Nayn bermula jam 7:30am setiap Isnin-Jumaat, balik jam 3:30pm kecuali hari Jumaat. Setiap Jumaat Nayn balik jam 12 tengahari. Baju melayu sampin hijau adalah uniform rasmi sekolah untuk hari ini. Hari lain pakai uniform biasa sampai balik. Tak payah tukar-tukar.
Sebenarnya para guru menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak seawal 7:15am setiap hari supaya dapat bersama-sama murid yang lain membaca Yaasin, alFatihah, 3 qul dan asma’ul husna di tapak perhimpunan.
Pakaian rasmi hari Jumaat |
Bacaan Yaasin, alFatihah, dan 3 qul. |
Bacaan doa dan kemudiannya berdiri untuk mengalunkan asma’ul husna, lagu Negaraku dan lagu sekolah |
Semalam hari pertama persekolahan kami sampai sedikit lambat pukul 7:33am, tak sangka jalan penuh dengan kenderaan yang masing-masing mungkin mempunyai tujuan yang sama. Bila sampai memang semua murid sedang bersila membaca Yaasin.
Semalam kami tunggu agak lama di sekolah Nayn memerhatikan dia. Alhamdulillah hari pertama persekolahan Nayn berjalan dengan lancar.
Nayn berzikir beramai-ramai serta solat dhuha berjemaah. Setiap pagi ada sesi solat dhuha sebelum waktu rehat minum pagi. Memang kena bawa sepasang selipar untuk mengelakkan stokin dan kasut basah semasa mengambil wudhu. Terdapat guru yang akan memerhatikan dan membetulkan zikir dan pergerakan solat anak-anak murid.
Nayn lupa tanggalkan stokin dan letak dalam kasut (kasut diletakkan di rak kasut dalam kelas) |
Sesudah selesai, Nayn terus ke kantin untuk minum pagi. Mommy perhati dari jauh, sejuk hati tengok Nayn tak lupa baca doa sebelum makan (nampak dia tadah tangan) dan selepas makan (mulut dia kumat-kamit menuju ke sinki basuh tangan).
Crab sticks (50sen x2) dan Milo Ais (RM1) |
Masa ni saya follow dia dari blkg selepas dia bangun dari kerusi |
Sementara menunggu Nayn balik jam 3:30pm, saya dan suami pergi menonton Ip Man 4 dan makan tengahari. Mengenai makanan tengahari Nayn, saya tak perlu menyediakan apa-apa kerana pihak sekolah sudah menetapkan RM50 sebulan untuk lunch. Boleh juga dibayar terus untuk yuran makan setahun sebanyak RM500 (RM50 x10 bulan, kecuali Ramadhan dan December).
Jam 3:30 petang kami menantikan Nayn di pondok pengawal. Makcik guard akan menjaga keluar masuk anak-anak sehingga jam 6:50pm.
Uniform sekolah Isnin-Khamis (Rabu pakai pakaian PJK) |
“Tengok Ip Man 4!”
“Ha? Tak tunggu Nayn,” bungkamnya.
“Ala, aritu kita tengok Jumanji tak tunggu daddy kan.. Boleh je?” saya saja menduga.
“Haish, mommy ni!” Kemudian Nayn terlelap beberapa minit sebelum sampai ke rumah. A very powerful nap sebab malamnya Nayn masih berjaga hingga 12 tengah malam.
Comments
Post a Comment