Merentas Desa | Nayn Learning Steps
"Merentas Desa tu apa, mommy?" soal Nayn malam tadi ketika saya menyediakan pakaian dan begnya.
"Macam Fun Run," jawab saya.
"Alamak I'll be tired!"
Sebab itulah mommy siap-siap pack Milo dan roti dalam beg Nayn, sayang. Mommy siapkan Ribena juga dalam botol bertali supaya mudah awak bawa. Untuk acara ini mommy siapkan mini backpack, sekadar cukup untuk memuatkan buku conteng, songkok lipat, roti dan Milo.
Kasut sukan pun daddy dah belikan yang sesuai dengan kehendak sekolah, hitam. Kasut sukan yang Nayn pakai minggu lepas telah ditegur kerana warnanya biru. Nayn pakai baju PJK pada hari Rabu lepas kerana belum dapat jadual, rupanya memang ada aktiviti baling-baling bola dan beberapa aktiviti luar yang lain pada hari tersebut, mengikut rumah. Nayn rumah merah dan itulah pakaian PJKnya. Hanya beberapa orang murid yang masih berpakaian uniform kerana belum dapat baju.
Setelah memperoleh jadual, Nayn perlu memakai baju sukan setiap hari Selasa. Jadi Nayn merasmikan kasut sukannya pada hari Selasa baru-baru ini. Memang kami mencari kasut sukan yang berlubang-lubang supaya ada aliran udara, berbeza dengan kasut sekolah Nayn. Haa kasut sekolah Nayn pun dah ditegur guru, "Ini kasut jalan." Begitulah ayatnya seperti yang Nayn sampaikan.
"Kalau kena tegur lagi dan disuruh tukar, kita pakaikan kasut sukan tu jadi kasut sekolah. Tapi kalau tak perlu, kita continue je loafer tu," saya memberitahu suami.
Saya memang suka kasut jenis loafer/mocassin sebab itulah ia jadi pilihan, yang penting Nayn suka dan selesa. Dan yang paling utama ianya hitam seperti kehendak sekolah.
Kasut sukan Nayn |
Untuk kasut sekolah Nayn (jenis loafer), saya tampalkan sticker kasut di bahagian dalam tapi untuk kasut sukan, tiada bahagian yang sesuai untuk sticker maka saya jahitkan label NaynZara. Begitu juga dengan stocking.
Baca juga:
- Panduan Permohonan Kemasukan SRAI
- Persediaan Ujian Kelayakan SRAI (UKS)
- Hari Ujian Kelayakan SRAI (UKS)
- Keputusan Ujian Kelayakan SRAI (UKS)
- Uniform Sekolah SRAI
- Hari Suai Kenal Darjah 1 SRAI
- Rutin di SRAI
- Merentas Desa | Nayn Learning Steps
Nayn Learning Steps:
Penat tak after merentas desa Nayn? 😅
ReplyDelete"Mestilah! Lalu tepi sekolah, lalu tepi paddy field. Cikgu dan ustaz berlakon jadi farmers. Ambil gambar, pakai hat." Jawapan Nayn :)
Delete