Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale)





Terima kasih buat sahabatku, Shaza yg telah mem-forward mesej tersebut dan menggalakkan ibu bapa mengajak anak-anak menduduki ujian PCIS dan seterusnya berjaya mengikuti Junior Science Camp yg ke-3 sekiranya terpilih. 

Saya terus menanyakan Nayn namun beliau tak menunjukkan minat utk mengikuti kem tersebut. Maka saya abaikan mesej tersebut sehinggalah Shaza tanyakan lagi samada Nayn telah menjawab ujian. 

Lalu saya tanya Nayn, “Nak pergi science camp tak?”

Beliau mencebik sambil menggelengkan kepala. 

Saya rephrased ayat saya, “Nak pergi science camp dgn *ur friend* tak?”

Terus berjoget Nayn, “Nak! Nak pergi dgn dia.”

Tapi saya terangkan pada Nayn yg Nayn kena buat ujian online, tp kalau tak pass ujian tak dpt pergi. 

Dia mengangguk faham lalu saya terus mencapai iPad, membuka Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale) dan memberitahu yg dia blh pause bila-bila masa dia nak. Ada juga dia berhenti sekejap-sekejap menari, kejap-kejap mewarna.

Ada satu ketika Nayn ckp, “Mommy, iPad ni can not lah!”

Saya tengokkan, rupanya ada glitch. “Can not do anything Nayn, it’s their system. Buat mana yg blh je. Lagipun tak blh turn the page back, only next.”

Akhirnya siap juga walaupun dgn beberapa drama. Ujian tu pun sbnrnya sgt sekejap. Saya tak pasti berapa soalan atau berapa topik tapi soalannya melibatkan IQ. Yg saya perasan ada Memory Test, sbb masa inilah yg berlaku glitch. Memory test ni memaparkan beberapa gambar kemudian hilang, then keluar byk gmbr suruh tick  yg mana ada dlm gmbr td. 

Sijil Penyertaan terus diberikan sejurus sahaja tamat ujian


Jadi buat ibu bapa yg berminat, bolehlah alert dgn bulan September-Oktober utk anak-anak 4-6 tahun. Moga berezeki insyaAllah. Ujian saringan online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale) di http://pcis.permatapintar.edu.my/

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI