Don't frown. You never know who's falling in love with your smile and every smile counts as sadaqah.
Kidzania, Kami Kembali Lagi!
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Kami kembali lagi tapi kali ini bertiga, Mummy Ad tak dapat ikut.
Hari ini Mommy bawa Nayn pergi Kidzania bersama Adelaine lagi, cuma kali ini Mommy Ad tak dapat ikut. Memandangkan budak berdua ini senang dikawal, Mommy sanggup! Ada lebih kurang 60 organisasi/institusi/bisnes yang terdapat di Kidzania Kuala Lumpur dan lebih 100 aktiviti tersedia seperti pakar bedah, kontraktor, bomba, polis dan banyak lagi. Setiap pekerjaan mempunyai ruang kerja masing-masing dan ada gaji. Ada juga bahagian di mana anak-anak boleh berbelanja.
LOKASI
Kidzania Kuala Lumpur terletak bersebelahan IKEA Damansara. Boleh parking di bangunan yg sama iaitu Nx Curve dgn bayaran maximum RM3 (weekends) dan RM6 (weekdays).
Eloklah pilih hari biasa Isnin-Jumaat (bukan cuti sekolah) dan paling kurang padat pada hari Rabu.
LANGKAH-LANGKAH
1. Beratur seawal 9:30 pagi di Ground Floor, AirAsia Airport dan terima 50 kidZos (matawang Kidzania) bersama dengan tiket pelepasan dan security bracelet. Selepas urusan tiket selesai, naik escalator ke tingkat 5, di tingkat 4 akan ada pemeriksaan bag (dilarang membawa makanan dari luar melainkan air sahaja). Kidzania Theme Park ada dua tingkat iaitu Ground Level dan Upper Level.
Beratur time cuti sekolah : lebih kurang 30 minit JADI datang beratur seawal mungkin
2. Dapatkan keistimewaan sekiranya mendaftar untuk B•Kidzanian dan menjadi CitiZen (langkah ini adalah pilihan). Antara keistimewaan pemegang pazzport Kidzanian ialah lebihan kidZos sebanyak 2kidZos setiap aktiviti.
Ada 3 level pazzport dgn keistimewaan berbeza iaitu Naturalized CitiZen (Entry Level), Distinguished CitiZen (30 stamps) dan Honourable CitiZen (60 stamps).
Gambar akan diambil dan pazzport dibuat dgn harga RM33 (boleh dibeli di kaunter AirAsia ataupun di Passport Office, upper floor).
3. Rujuk census board di setiap pejabat untuk mengetahui info pekerjaan dan aktiviti.
Activity: perkara yang perlu dilakukan Capacity : jumlah individu dalam satu sesi Duration : jumpah masa diambil untuk satu sesi Age suggested : umur yang dibenarkan untuk sesi tersebut Economy: kalau -z bermakna kena bayar untuk servis/kelas (dgn kidZos) manakala +z bermaksud mendapat gaji (kidZos)
4. Guna kidZos untuk redeem hadiah di Department Store (minimum 100 kidZos) atau simpan kidZos di Central Bank yang terletak di Ground Floor, depan Police Station. Bank ditutup jam 6:30pm setiap hari.
Minimum deposit sebanyak 50 kidZos untuk membuka akaun
Dapat debit card untuk pengeluaran yang mudah di ATM. KidZos boleh digunakan di mana-mana Kidzania di seluruh dunia
Carta Aliran yang disediakan (diselitkan bersama tiket)
PROSES UNTUK PEKERJAAN YANG MEMERLUKAN RESERVATION
Terdapat beberapa pekerjaan yang sangat popular dan memerlukan beberapa langkah untuk mendapatkan kerja tersebut seperti:
Burger Shop : McDonald’s
Fire Station
Flight Simulator
Vitamin Research Institute
Police Station
Milk Factory : Vitagen
LANGKAH
1. Hiring Time
Pergi ke lokasi pekerjaan tersebut untuk mengetahui samada peluang pekerjaan sudah dibuka atau tidak. Ditulis pada pintu : Next Hiring Time is 1:30pm sebagai contoh. Biasanya orang sudah beratur (duduk di lantai) seawal setengah jam dari masa yang tertulis. (Biasanya seramai 30 orang yang beratur dapat slot masa yang ditetapkan. Jika melebihi 30, sila beratur untuk sesi berikutnya).
2. Job Time Slot
Boleh pilih slot masa untuk bekerja (utk satu sesi terdapat 5 slot masa).
Satu Hiring Time ada 5 Job Time Slot
3. Reservation
Jika orang terlampau ramai, slot masa akan diberikan mengikut nombor yg telah ditetapkan pada lanyard. Lanyard (bernombor) akan diberi semasa beratur duduk. Jika tidak, kita boleh memilih Time Slot mengikut kemudahan kita.
Selepas Slot Masa ditampal, anak-anak boleh membuat lain-lain aktiviti, cuma kena kembali awal 10 minit dari waktu di sticker
4. Booking Sticker
Job Time Slot sticker akan ditampal pada t-shirt anak. Hanya maksimum 2 stickers boleh ditampal dalam satu masa.
Maklumat penting:
- ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan beratur mewakili anak-anak.
- sila kembali 10 minit sebelum masa Job Time Slot yg telah ditetapkan, kalau terlepas MESTI kembali ke langkah 1, Hiring Time.
- booking sticker perlu ditunjukkan pada Zupervisor.
AKTIVITI YANG NAYN & AD BERJAYA BUAT HARI INI
Dentist
Mendapat sekotak Kodomo toothpaste dan tooth brush.
Memeriksa gigi pada dummy (pesakit) di Kodomo, ground floor. Tempat beratur untuk Firefighter betul-betul sebelah Kodomo.
Belajar cara memberus gigi
Kami pergi makan sekejap sementara semua tempat penuh dengan orang beratur. Lebih kurang jam 11:15 kami pergi beratur untuk Firefighter, betul-betul sebelah Kodomo, dengan dengan tangga. Sudah ramai juga yang beratur apabila kami sampai. Staff memberikan lanyard nombor pukul 11:30am dan memberikan sticker Time Slot pada 11:40am. Nayn dan Ad dapat slot 12:30pm. Sementara menunggu masa menjadi firefighter, kami buat benda lain dulu.
Faber-Castell Designer Studio
Draw dan color sendiri packaging masing-masing
Nayn dapat wonderbox manakala Ad dapat pemadam.
Fire fighter
Menjadi firefighter rasanya job paling digemari di Kidzania, Fire Station ground floor.
Ada vid naik fire truck dan padam api pada minit 0:40 dan 0:49-0:51
Sebarisan polis kelihatan menjaga kawasan semasa bomba menjalankan tugas
Berjaya memadamkan api dalam kebakaran hotel
Milk Processing Operator
Beratur panjang untuk next hiring time. Budak-budak bergilir main Animal Quiz dalam phone.
Mula-mula Nayn dan Ad nak job window-cleaning di Construction Site, ground floor tapi berubah fikiran kepada Brick Layer
Buat dinding dgn batu-bata dan simen
Bananana Theatre/ Movie Hall
Menunggu movie Ejen Ali tapi lambat sangat lagi nak start, jadi duduk dalam sini berehat sambil tengok model catwalk (job: Runway Model)
Dah besar dah korang berdua ni, Nayn masuk darjah 1 esok lusa, Ad another year.
Volunteer
Jadi volunteer di Recycling Centre, ground floor
Taklimat tentang sorting, kenapa perlu recycle dan tugas mengumpul item dari tempat tertentu
Transporter
Bertugas sebagai transporter untuk matawang kidZos ke tempat-tempat yang diarahkan
Membawa kidZos dalam beg dan troli dari vault/peti besi KCVT, ground floor
Central Bank of KidZania
Simpan kidZos di Central Bank, ground floor.
Bank tutup jam 6:30pm, kalau nak keluarkan duit untuk shopping blh guna ATM
Take note yang ibu bapa/ penjaga akan sangat-sangat penat dan agak keliru pada mulanya untuk mendapatkan reservation untuk Job Time Slot untuk popular activities. Jangan risau, ada banyak lagi job/aktiviti untuk anak-anak. Tapi kalau sanggup menunggu lama, please plan your activity accordingly sebab memang tak akan sempat main banyak dalam sehari visit.
Kami akan datang lagi, insyaAllah! Kids are having so much fun. Worth it, the sweat and money too! Thank you Erf bagi Ad teman Nayn! 🤗😘
p/s Kalau nak jimat, beli satu tic dewasa sahaja asalkan boleh control anak sorang-sorang. Memang ada aktiviti yang parents boleh join tapi tak banyak.
When it comes to love i always think about guys, about boyfriends specifically :P haa i dont have one :/ well i used to have boyfriends before this and of course one at a time ya! pls pretty girls all over the world, i am begging u, dont betray dont 'play-wood-three' ur partner. Be faithful. It is not nice, not even beautiful when pretty girls do so. I am sorry, yes i know it is ur life, okay okay, up to u :p I need a boyfriend, I need a boyfriend, I need a boyfriend.. That was me talking to myself before. And yes I got one, then he left. Then i got another one, then he dumped me, and it continuosly happens in my life. It is easy to get a boyfriend, really easy but to keep them stay? It's like no one would ever wants to stay with me forever. I dont know why? Everytime it happened i will sit and try to think about it. People say "u're gonna get someone better" and yes it's true. i got someone better everytime :) but still they left me :( if it is once,...
Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi SRAI)? SRAI merupakan sekolah rendah yang menggabungkan Kurikulum Akademik dan Kurikulum Diniyyah serta Hafazan. Ia adalah Sekolah Agama Negeri (SAN) yang ditadbir urus oleh JAIS. Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekolah SWASTA. Walau pun SRAI berstatus sekolah swasta, lepasan sekolah SRAI masih boleh bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah KPM atau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SAM) Negeri Selangor. SRAI merupakan sekolah satu sesi iaitu bermula 7:30am sehingga 3:30pm. Ada juga kelas yang berakhir jam 4:30pm sekiranya mendaftar untuk kelas Iqra’. Makan tengahari disediakan oleh pihak SRAI dgn yuran yang sangat berpatutan. Solat Dhuha turut diselitkan dalam sesi persekolahan selain solat Zohor. Untuk diterima bersekolah di SRAI anak-anak perlulah menjalani Ujian Kelayakan SRAI. MAKLUMAN PENDAFTARAN BAGI MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (...
Today's ur birthday. 5 years came and went too quick; makes me both happy and sad that u r getting older. Sad because there were times I wasn’t around. Happy because I love the big supergoodboy that u've become. U r grown up into such an awesome, caring, loving and smart boy. Never thought u would hv become a boy who cares so much at this early age. So sweet and melts my heart. “Mommy it’s time for ur injection.” “Daddy needs to rest. He’s working all day long.” “Nenek leg is hurt.” “Atok said don’t play with sharps.” “It’s already 7 (dark), I’ll close the door.” “We have to send/fetch Esther & John.” “U cough. U want medicine?” “There’s phlegm. I got u tissue.” But this breaks my heart, “I don’t want u to go back to Saudi. I don’t want u to be alone.” Last few weeks I remember u told me, “I want a big birthday party where everyone surprises me with Happy Birthday Nayn. I want a dinosaur cake okay, mommy?” “I’m sorry sayang, we can’t afford a big party Nayn. Only...
Comments
Post a Comment