Angry Birds Splash Water World
Hari Ahad baru ni kami bertiga ke Angry Birds Splash Water World yang baru dibuka dalam seminggu-dua lepas, tak dapat pergi pada minggu pertama dibuka kerana Nayn sibuk dgn Junior Science Camp.
Angry Birds Splash Waterworld ni sebenarnya yg pertama seumpamanya juga merupakan taman tema mudah alih inflatable terbesar di dunia, dibuka dua bulan di Ecohill sebelum meneruskan perjalanan merentas Asia.
Kami tiba dalam pukul 1 ptg, parking free dalam bangunan. Bila nak beli tiket saya mmg tanya, “Ramai org tak? Perlu express lane tak rasanya?” Bila dia kata tak ramai maka utk kami bertiga RM146. Senarai harga blh refer gambar.
Pada awalnya saya cuma tahu yg ia dibuka hanya pada Sabtu dan Ahad sehingga 5 January rupa-rupanya ada hari lain juga yg buka (Blh refer gambar).
Bila nak masuk, beg akan diperiksa jadi tak perlulah nak bawa apa-apa mknn/minuman alamatnya kena tinggal luar. Locker yg disediakan kat dlm pun hanya blh dibuka sekali dan berharga RM20, jadi ramai yg bertawakal je tinggalkan beg atas rumput, atas bangku termasuk kami. Alhamdulillah tiada apa yg hilang.
Lepas letak sunblock pada Nayn, dia terus berlari tak sabar-sabar dah. Mula-mula kami try Terrence Extreme Challenge. Terrence ni lebih kpd memanjat, melompat dan melepasi halangan. Nayn paling suka Terrence. 2 jam lebih duk ulang-ulang-ulang tak benti. Kami surrender duk tgk dari tepi.
Di setiap pool ada kolam kecil utk bilas kaki sebelum masuk pool |
Memanjat |
Hatchling PlayPool pula ada dua jenis slide. Satu rendah, satu tinggi. Yg rendah Nayn suka tp gelongsor yg tinggi Nayn melalak tak nak main dah sbb dia tenggelam dalam air bila sampai bawah (walaupun sesaat), dia dah trauma.
Ini yg dia trauma |
Yg ini suka |
Kemudian kami ke Hero Pool utk org dewasa. Budak-budak pun blh asalkan ada bersama org dewasa. Pool ini merupakan pool paling luas dan dalam antara semua yg lain. Tak dalam sangat pun sbnrnya tp bolehlah nak berenang.
Yang best nya kat sini pun ada Go!Kart. Seronok betul Nayn (saya kena naik dgn dia sbb dia refuse letak kaki kat bawah — ada lumpur dia geli), dia yg pulas throttle, yg tekan reverse, yg pusing ke kiri kanan, yg parking. Nayn nmpk sgt-sgt excited.
Buat perangai tak nak pijak tanah |
Ada lagi Chuck, Bomb, Mighty Eagle dan Bird House challenge tp Nayn tak lepas utk tinggi minimum. Naseb baik juga sbb kami pun seriau tgk. Haaa makin tua makin cuak.
Bilik air dan bilik mandi yg disediakan tak perlu beratur pun cuma tak ada penyangkut baju/towel dan hose utk shower pun dah overused sangat.
Pdpt kami, we had fun and Nayn puas main. Berbaloi.
p/s Nayn suka AngryBirds Splash sepertimana Nayn suka Sunway Lagoon tapi Nayn lagi suka AngryBirds dari Legoland.
Nice info...boleh share
ReplyDelete:) sudah abes dahh. Until 5 Jan shj
Delete