Panduan Ke Kidzania Kali Pertama
Nayn berjaya hafal sifir 1-12 kecuali sifir 9 jadi dapatlah reward ni. |
Saya pernah datang ke sini 7-8 tahun lepas membawa anak buah berdua iaitu Ain dan Ery. Sekarang Ain dah masuk Asasi UPM pun dah dan Ery tingkatan 4. Tuanya rasa! Penat dulu terasa semula kini. Mengiringi anak-anak tentunya amat penat, walaupun ada aktiviti yang penjaga boleh turut sama.
LOKASI
Kidzania Kuala Lumpur terletak bersebelahan IKEA Damansara. Boleh parking di bangunan yg sama iaitu Nx Curve dgn bayaran maximum RM3 (weekends) dan RM6 (weekdays).
HARGA TIKET
Atau blh klik sini untuk Plan A Visit : https://www.kidzania.com.my/plan-your-visit/entrance-fee/ |
Eloklah pilih hari biasa Isnin-Jumaat (bukan cuti sekolah) dan paling kurang padat pada hari Rabu. |
LANGKAH-LANGKAH
1. Beratur seawal 9:30 pagi di Ground Floor, AirAsia Airport dan terima 50 kidZos (matawang Kidzania) bersama dengan tiket pelepasan dan security bracelet. Selepas urusan tiket selesai, naik escalator ke tingkat 5, di tingkat 4 akan ada pemeriksaan bag (dilarang membawa makanan dari luar melainkan air sahaja). Kidzania Theme Park ada dua tingkat iaitu Ground Level dan Upper Level.
Beratur time cuti sekolah : lebih kurang 30 minit JADI datang beratur seawal mungkin |
2. Dapatkan keistimewaan sekiranya mendaftar untuk B•Kidzanian dan menjadi CitiZen (langkah ini adalah pilihan). Antara keistimewaan pemegang pazzport Kidzanian ialah lebihan kidZos sebanyak 2kidZos setiap aktiviti.
Ada 3 level pazzport dgn keistimewaan berbeza iaitu Naturalized CitiZen (Entry Level), Distinguished CitiZen (30 stamps) dan Honourable CitiZen (60 stamps). |
Gambar akan diambil dan pazzport dibuat dgn harga RM33 (boleh dibeli di kaunter AirAsia ataupun di Passport Office, upper floor). |
3. Rujuk census board di setiap pejabat untuk mengetahui info pekerjaan dan aktiviti.
4. Guna kidZos untuk redeem hadiah di Department Store (minimum 100 kidZos) atau simpan kidZos di Central Bank yang terletak di Ground Floor, depan Police Station. Bank ditutup jam 6:30pm setiap hari.
Minimum deposit sebanyak 50 kidZos untuk membuka akaun |
Dapat debit card untuk pengeluaran yang mudah di ATM. KidZos boleh digunakan di mana-mana Kidzania di seluruh dunia |
PROSES UNTUK PEKERJAAN YANG MEMERLUKAN RESERVATION
Terdapat beberapa pekerjaan yang sangat popular dan memerlukan beberapa langkah untuk mendapatkan kerja tersebut seperti: - Burger Shop : McDonald’s
- Fire Station
- Flight Simulator
- Vitamin Research Institute
- Police Station
- Milk Factory : Vitagen
LANGKAH
1. Hiring Time
Pergi ke lokasi pekerjaan tersebut untuk mengetahui samada peluang pekerjaan sudah dibuka atau tidak. Ditulis pada pintu : Next Hiring Time is 1:30pm sebagai contoh. Biasanya orang sudah beratur (duduk di lantai) seawal setengah jam dari masa yang tertulis. (Biasanya seramai 30 orang yang beratur dapat slot masa yang ditetapkan. Jika melebihi 30, sila beratur untuk sesi berikutnya).
2. Job Time Slot
Boleh pilih slot masa untuk bekerja (utk satu sesi terdapat 5 slot masa).
Satu Hiring Time ada 5 Job Time Slot |
3. Reservation
Jika orang terlampau ramai, slot masa akan diberikan mengikut nombor yg telah ditetapkan pada lanyard. Lanyard (bernombor) akan diberi semasa beratur duduk. Jika tidak, kita boleh memilih Time Slot mengikut kemudahan kita.
Selepas Slot Masa ditampal, anak-anak boleh membuat lain-lain aktiviti, cuma kena kembali awal 10 minit dari waktu di sticker |
4. Booking Sticker
Job Time Slot sticker akan ditampal pada t-shirt anak. Hanya maksimum 2 stickers boleh ditampal dalam satu masa.
Maklumat penting:
- ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan beratur mewakili anak-anak.
- sila kembali 10 minit sebelum masa Job Time Slot yg telah ditetapkan, kalau terlepas MESTI kembali ke langkah 1, Hiring Time.
- booking sticker perlu ditunjukkan pada Zupervisor.
AKTIVITI YANG NAYN & AD BERJAYA BUAT HARI INI
B.KidZanian Programme
Buat pazzport di Passport Office, Upper Level |
Bottling Operator
Junior Chocolatier
Belajar cara membuat coklat; tempering-moulding-hardening-packaging dengan produk kelapa sawit |
Palm Oil Chocolate Factory, upper level. Dapat mini chocolate bar. |
Junior Photographer
Belajar mengambil gambar - few minutes class 😛 |
Pusing Kidzania City ambil gambar cantik-cantik |
Dapat sekeping gambar sebagai Junior Photographer di Canon, ground floor |
Kemudian pada 11:20am kami pergi beratur di Burger Shop untuk next hiring session jam 11:40am. Kami dapat slot jam 12:10pm jadi ada lebih kurang 20 minit untuk tangkap satu aktiviti. Ada dua kerja di McDonald’s iaitu Burger Maker dan McDeliveryman.
Car Designer
Designing the car of Volvo, ground floor |
Burger Maker
Jadi burger maker. Ada satu lagi job iaitu deliveryman di McDonald’s, ground floor. |
Pandai je cakap tak nak mayonnaise dan tak nak vege, tak nak sauce. Plain sangat burger Nayn dan Ad. |
Makan burger buatan sendiri dan air mineral pun sendiri buat. |
Surgeon
Boleh juga jadi Nurse, Surgical Technologist, Anaesthesiologist dan CT scan doctor di Medikal, upper floor.
Nayn dan Ad jadi surgeon. Jauh sangat nak ambil gambar. Kalau jadi nurse dan CT scan doctor rasanya dapat ambil gambar yang lebih jelas. |
Paramedic Assistant
Minit ke 0:28-0:31 ada video naik ambulance
Jadi paramedic di Avisena Emergency Department, ground floor. |
Memberikan rawatan kecemasan kepada seorang individu yang jatuh (berlakon) di Bananana Theatre. Nayn memakaikan anduh (arm sling). |
Kembali ke hospital dengan ambulance dan kemudiannya pesakit didudukkan di kerusi roda |
Fuel Dispatcher
Tukang isi petrol di BHP, ground floor. |
Licensing Officer
Di sini boleh jadi samada Licensing Officer atau Enforcement Officer , periksa premis punya kebersihan dan berkualiti. |
Baju putih jadi Licensing Officer di MBPJ, ground floor. |
Central Bank of KidZania
Buka akaun dengan minimum 50kidZos di Central Bank, ground floor. |
Dapat ATM card yang memudahkan pengeluaran kidZos. Bank tutup jam 6:30pm |
Take note yang ibu bapa/ penjaga akan sangat-sangat penat dan agak keliru pada mulanya untuk mendapatkan reservation untuk Job Time Slot untuk popular activities. Jangan risau, ada banyak lagi job/aktiviti untuk anak-anak. Tapi kalau sanggup menunggu lama, please plan your activity accordingly sebab memang tak akan sempat main banyak dalam sehari visit.
Kami akan datang lagi! Kids are having so much fun. Worth it, the sweat and money too! Thank you Erf and Ad teman Nayn dan aunty! 🤗😘
Baca lagi:
Baca lagi:
Comments
Post a Comment