Asma’ul Husna

Seharian menulis 99 nama Allah dan hampir berjaya menghafal asma’ul husna. Alhamdulillah, walaupun berselang dgn main, makan, melukis akhirnya selesai juga Nayn menulis.

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ~Sahih Bukhari.

Namun anakku kita bukan sahaja menghafal tapi beramal dengannya, aplikasikan dlm hidup kita sehari-hari ya anak.

Seru dgn nama Dia dlm doa dan kata-kata.

“Ya Allah Ya Hafiz (Maha Penjaga) Ya Muhaimin (Maha Pelindung) kuserahkan anakku/suamiku/ibuku dalam jagaanMu.”

“Ya Allah Ya Fattah (Maha Pembuka) Ya Razzaq (Maha Pemberi Rezeki) Ya Wasi’ (Maha Luas PemberianNya), Ya Allah Yg Maha Pembuka bukakanlah pintu rezeki kami seluas-luasnya.”

Tapi buat permulaan Ya Rahman (Maha Pemurah) Ya Rahim (Maha Penyayang) dah merangkumi keseluruhan nama-nama Allah. Beramal dulu dgn yg itu pun blh Nayn. Amalkan 4 ayat pertama surah ArRahman sebelum keluar rumah ya sayang, sampai bila-bila. Moga dunia dan akhirat kita dgn Dia.

Wallahu taala a’lam.

#zqNayn supergoodboy الحمدلله
#imnotesselfreminder #beautifulmindofim
#nayn6birthday soon!




Baca juga:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI