Eye Infection With Pseudomembrane and Epithelial Defect
Lepastu bila sampai wad tak sangka doktor oncall tu satu batch masa sekolah dulu. Masa Shema sebut nama Dr Nilani, masa tu tak terfikir langsung sebab teringat yg Dr Nilani Nawi masih di PPUM. Rupa-rupanya dah ke Serdang!
Alhamdulillah alhamdulillah. Thank you semua. Hanya Allah yg dpt balas budi baik korang.
#rinchingians
#exMRSMkuantan @ Serdang Hospital
Ceritanya mata kanan saya kena sakit mata sejak Jumaat dua minggu lepas. Mula-mula doktor di klinik bg ubat titis Nicol dan CMC ointment tp semakin teruk pada hari Isnin. Ditukarkan ubat kepada Gentamicin ointment dan mendapat referral letter ke PPUM.
Bermulalah trip setiap dua hari ke PPUM sbb doktor kata ada selaput. Selaput tu yg halang ubat serap dalam mata. Memang kena buang selaput baru blh baik. Ditukar ubat kepada ubat titis Vismed dan Tobradex.
Hari Khamis mata sangat-sangat sakit mcm pakai contact lense kering perasaan dia (malah berterusan sbb kalau contact lense blh cabut buang). Rupanya ada luka pada kornea dah size 2x2mm, besar juga doktor kata. Tukar semula ubat ke Nicol dan Vismed. Tapi masa ni mata kiri dah start berjangkit. Jadi mata kiri start dgn Vismed dan Tobradex manakala mata kanan Vismed dan Nicol.
Doktor bagi referral letter ke Hospital Batu Pahat sbb sy beritahu yg sy akan travel ke BP hujung minggu ni. Nasihat doktor, “Jangan travel. Jangan pergi kenduri. Jgn swim. Jangan masak. Mesti pergi jugak-jugak jumpa doktor samada Sabtu atau Ahad.”
Alhamdulillah sehingga hari ini masih dpt jaga mata dari menjangkiti suami dan anak. Biasanya klu dah sakit mata, satu famili berisiko dpt. Nikmat yg mana yg kau dustakan?
Comments
Post a Comment