Musim Influenza
Saya tergolong dalam kategori berisiko, pertamanya sebab persekitaran kerja yang expose dengan individu yang tidak sihat dan keduanya, saya memang ada penyakit kronik yang rawatannya mengganggu sistem imuniti badan jadi flu jabs mesti diambil setiap tahun. Pendapat saya kalau memang kita dan keluarga kita berisiko, tolonglah ambil suntikan vaksin influenza setiap tahun. Prevention is better than cure. Apa itu Influenza? Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa. Agen Penyebab: Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2) dan D. Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan p...