Angry Birds Splash Water World
Hari Ahad baru ni kami bertiga ke Angry Birds Splash Water World yang baru dibuka dalam seminggu-dua lepas, tak dapat pergi pada minggu pertama dibuka kerana Nayn sibuk dgn Junior Science Camp. Angry Birds Splash Waterworld ni sebenarnya yg pertama seumpamanya juga merupakan taman tema mudah alih inflatable terbesar di dunia, dibuka dua bulan di Ecohill sebelum meneruskan perjalanan merentas Asia. Kami tiba dalam pukul 1 ptg, parking free dalam bangunan. Bila nak beli tiket saya mmg tanya, “Ramai org tak? Perlu express lane tak rasanya?” Bila dia kata tak ramai maka utk kami bertiga RM146. Senarai harga blh refer gambar. Pada awalnya saya cuma tahu yg ia dibuka hanya pada Sabtu dan Ahad sehingga 5 January rupa-rupanya ada hari lain juga yg buka (Blh refer gambar). Bila nak masuk, beg akan diperiksa jadi tak perlulah nak bawa apa-apa mknn/minuman alamatnya kena tinggal luar. Locker yg disediakan kat dlm pun hanya blh dibuka sekali da...