Hari Sukan Sekolah Nayn
Hari ini hari sukan sekolah Nayn tapi saya dan juga suami langsung tidak memohon cuti untuk turut serta meraikan hari sukan tersebut. Bukan tidak pernah saya tanya Nayn, “Ada masuk apa-apa acara ke Nayn?” Dan jawapan Nayn sentiasa, “Nayn tak terpilih.” Maka itu menjadi antara sebab tiada keperluan untuk kami ke sana lainlah kalau Nayn terlibat. Semalam Amira, ibu kepada kawan sekelas Nayn mesej, “Salam mommy. Nayn kenal betul dengan mama Danish yer. Dari jauh dah hulur tangan nak salam. Good boy la Nayn 😘 Sempat Nayn borak-borak sementara tunggu Danish sampai ke pagar sekolah. Dia borak, “Tadi kan Nayn tengok cerita Boboiboy 2.” “Sempat tanya esok mommy dtg tak hari sukan?” Nayn angguk. Pastu Danish sampai. Saya suruh Nayn dgn Aqil duduk kat pondok guard tu 😁” Menerusi mesej tersebut menunjukkan Nayn fikir saya akan pergi maka saya beritahu Nayn malam tadi, “Nayn, tahu kan Mommy tak pergi hari sukan esok? Mommy hantar Nayn macam biasa lepastu Mommy pergi kerja...