Indoor Time : Monopoly


Hari ini kita main Monopoly yang ini sebab sebelum ini kami main Monopoly Avengers hadiah hari jadi Nayn tahun lepas dan sengaja ditinggalkan di rumah mertua memandangkan ia menjadi rutin bermain monopoly setiap kali ke sana.

Nayn suka main Monopoly dan kami akan menghabiskan 2-3 jam bermain. Sebenarnya Monopoly adalah salah satu board game kegemaran saya sejak kecil selain Sahibba. Biasanya saya dan adik menghabiskan berjam-jam dengan Monopoly/ Sahibba ketika lingkungan usia 6-15 tahun. Begitu lama dan tak pernah bosan dan yang penting tak pernah gaduh!! Oh ada satu lagi, main chess tapi bukan minat saya sangat. Bolehlah main setakat kalah di Pertandingan Catur Bawah 18 tahun di USM Kubang Kerian ketika usia 14 tahun, mewakili MRSM Pasir Tumboh.

Main monopoly sedikit sebanyak dapat bantu Nayn mengira yang simple-simple pada dadu. Mengira duit yang basic-basic. Nanti kalau dah laju mengira barulah boleh beli Monopoly Electronic Banking. Haaaa yang tu maybe lepas 2-3 tahun okay, sayang. Oh Nayn tak diberitahu kewujudan Electronic Banking Monopoly lagi. Kita kenalkan satu persatu, slowly, sesuai dengan umurnya kukira.

Sekarang ni kadang main berdua, Nayn dengan Mommy. Kadang daddy join sekali
Nayn Learning Steps:

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Kidzania, Kami Kembali Lagi!

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019