Amal Surah alKahfi Setiap Jumaat

Sedikit tentang hari ini, Jumaat seeloknya kita baca surah alKahfi.

1. Terhindar dari fitnah Dajjal
“Barangsiapa yg membaca 10 ayat dari permulaan surah alKahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” ~ HR Muslim

2. Mendapat pengampunan dosa antara dua Jumaat
“Barangsiapa membaca surah alKahfi pada hari Jumaat maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” ~ HR alBaihaqi

3. Dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah alKahfi pd mlm Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh dirinya dan Baitul Atiq (Kaabah). ~ Sunan adDarimi

Ini mungkin ramai yg dah tahu tp utk yg tidak tahu, takut tersilap baca ayat ke 77 dari alKahfi. Terdapat tanwin bertemu hamzah wasal perlu dibaca dgn menukarkan tanwin kpd huruf nun.

 فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَيَآ أَهْلَ قَرْيَةٍ ٱسْتَطْعَمَآ أَهْلَهَا أَهْلَه



Wallahu taala a’lam



Baca lagi:

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI