Posts

Nayn| Qadha Solat Lepas Baik Demam

Image
Semalam Nayn tak berapa sihat jadi kami tak ajak dia solat dan biarkan dia berehat. Cuma dia diberitahu, “Kalau Nayn dah besar macam umur 10 tahun macamtu, Nayn mesti kena qadha solat.” Menjelang jam 10-11 malam dia sebut dia dah feel better. Alhamdulillah. Lebih kurang jam 5:30 pagi gambar ini diambil, “Mommy kena tunggu sini sampai Nayn siap solat Isyak, Maghrib, Asar, Zohor tau,” pesannya pada saya. “Ya, Mommy pun tengah tunggu mesej dari daddy dah sampai workplace tak...” Mohd Zaki Mohd Ariff, cerita pagi ini bila awak tengah otw; kena panggil on-call. Nak menitik airmata saya tengokkan dia. “Ya Allah, ya Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir, jadikanlah kami dan anak cucu kami orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Rabb kami, perkenankanlah doa kami.” #zqNayn supergoodboy الحمدلله #2gether4evertilljannatulfirdaws ا ن شا ءالله Nayn Learning Steps: ABC Animals and Dinosaurs  Kidzania!  Panduan ke Kidzania Kali Pertama Angry Birds Splash Water Wo...

Puasa Ramadhan

Image
Apa itu PUASA? Menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar (masuk waktu Subuh) dan tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib).  HUKUM Fardu (wajib) dalam bulan Ramadhan.  RUKUN 1. Menahan diri dari perkara yang boleh membatalkan puasa.  2. Niat.  Kenapa WANITA HAID TIDAK BOLEH Puasa? Kehendak syarak (Allah).  PUASA Dan MENGHADIRI MAJLIS/ KERAIAN Lebih afdal berbuka (jika puasa sunat) sekiranya orang yang menjemput itu diketahui akan tersinggung jika tidak menjamah makanan.  Namun sekiranya orang yang menjemput tidak tersinggung, lebih afdal diteruskan puasa sunat. Tapi jika dia berpuasa qadha, maka tidak boleh dia membatalkan puasa. Kalau dibatalkan puasa, dikira berdosa.  BERPUASA Mengikut MAZHAB LAIN? Tidak boleh.  KANAK-KANAK Yang BELUM BALIGH TAPI SUDAH MUMAYYIZ TIDAK MAHU Berpuasa Dibolehkan ibu bapa/ penjaga menghukumnya dengan cara merotan umpamanya dengan niat men...

Kebanyakan Prasangka Adalah Dosa

Image
Wahai orang-orang beriman, jauhilah prasangka kerana sebahagian prasangka adalah dosa. Sangkaan itu adanya di dalam (hati), kalau sudah terungkap namanya mengumpat. Tapi yang berada di dalam prasangka itu, diyakini prasangka buruknya adalah benar, ini prasangka yang dosa iaitu namanya buruk sangka. Eh dia belum ucap, eh dia belum buat, ya tapi ia diyakini di dalam (hati) akan prasangka buruk terhadap si fulan atau fulanah maka prasangka yang buruk itulah menyebabkan dosa di dalam hatinya walaupun belum terungkap.  Lalu bagaimana dgn hadis Nabi SAW yg bermaksud, “Allah memaafkan terhadap umatku..” Kalau ada kalimat maaf maknanya ada perbuatan salah tapi dimaafkan oleh Allah. Salahnya tetap salah. Apa yang dimaafkan oleh Allah daripada perbuatan salah itu? “Apa yang bermain di dalam hati, dada seseorang daripada perkara yang mungkar selagi tidak bercakap atau dibuat, maka itu dimaafkan oleh Allah SWT.” Lalu perasaan prasangka buruk itu tadi katanya dosa?  Ya, ya...

Hamba Pilihan Allah

Image
Kita tidak akan menghina seseorang apabila kita tidak duduk di tempat kemuliaan. Ketika kita mula dimuliakan, kita rasa orang di kiri kanan kita adalah orang yang hina. Begitu juga semasa kita tidak diberikan harta oleh Allah SWT. Ketika itu kita anggap semua orang sama tetapi apabila Allah menganugerahkan kita harta, ketika itu kita mula memiskinkan orang lain. Siapa boleh jamin tahun ini dia tak mengumpat orang?  Yang tak mengata orang, orang ini tak betul, orang itu tak betul dalam group WhatsApp dan sebagainya? Siapa boleh jamin dia soleh tahun ni? Mengumpat ni Nabi kata: Semua pahala kita bagi dekat dia, semua dosa dia kita ambil. Umur 60 tahun, agak-agak berapa orang kita mengumpat? Ada 1000 orang? Dalam 1000 orang, berapa orang kita dah minta maaf? Nabi kata: Hasad ini memakan amal yang soleh sepertimana kayu yang kering dimakan oleh api. Habis semua. Dulu sikit orang bijak tapi ramai orang baik. Sekarang ramai orang bijak tapi sikit orang baik. Apabila All...

Kenapa takut pada fitnah Dajjal?

Dalam sebuah hadis dari Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW diriwayatkan bersabda, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya sejak Allah memperbanyakkan keturunan Adam itu tidak adalah fitnah di atas muka bumi ini yang lebih besar selain fitnah Dajjal. Dan Allah AWJ tidaklah mengutuskan seorang nabi pun kecuali mereka memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal. Aku ialah nabi yang terakhir dan kamua semua pula adalah umat yang terakhir. Sesungguhnya Dajjal itu pastilah akan muncul di tengah-tengah kamu semua.” (HR Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim di dalam Mustadrak). Dajjal itu fitnahnya ialah kesyirikkan global dan kehancuran dunia serta mengangkat kekufuran dan menyeliputi seluruh alam dengan kepalsuan dan kebatilan. Bukan siapa-siapa yang mampu melawan Dajjal bahkan rasul khas ditugaskan secara khusus untuk memerangi Dajjal iaitu Nabi Isa AS. Marilah kita sama-sama berusaha menyelamatkan diri dari fitnah ini dgn salah satu amalan berikut, dan/ atau semuanya. 1. Baca Surah alKahfi...

MCO | Germs Experiment

Simple experiment for kids to show how important hand wash is. Nayn Learning Steps: ABC Animals and Dinosaurs  Kidzania!  Panduan ke Kidzania Kali Pertama Angry Birds Splash Water World Kindergarten: Little Diamond Fun Run 2019 Late Bloomer PERMATApintar Intelligence Online Test Panduan Permohonan Kemasukan SRAI Persediaan Ujian Kelayakan SRAI (UKS) Indoor Games: Monopoly #zqnayn supergoodboy الحمدلله

Wanita Mudah Masuk Syurga

Wanita paling mudah masuk syurga tapi paling ramai dalam neraka. Kenapa? lambat mandi wajib walaupun dah kering darah haid  tidak menjaga aurat (aurat wanita= satu badan kecuali muka dan dua tapak tangan) tidak menjaga mulut dan menyinggung hati suami Oleh itu marilah kita menjaga DUA PERKARA yang meletakkan kita di dalam syurga, iaitu: Jaga hubungan dengan Allah SWT dan nabi Muhammad SAW : Jaga solat dan jaga aurat Jaga hubungan dengan suami Wallahu taala a'lam Baca juga: Asma’ul Husna Doa Mencari Jodoh  Doa Mohon Allah Jagakan Anak Kita Fardu Dan Sunat Wudhu Rukun Solat Zikir Harian dan Fadhilatnya Amal Surah alKahfi Setiap Jumaat Sunat Dalam Solat