Posts

Showing posts from 2019

Kidzania, Kami Kembali Lagi!

Image
Kami kembali lagi tapi kali ini bertiga, Mummy Ad tak dapat ikut.    Hari ini Mommy bawa Nayn pergi Kidzania bersama Adelaine lagi, cuma kali ini Mommy Ad tak dapat ikut. Memandangkan budak berdua ini senang dikawal, Mommy sanggup! Ada lebih kurang 60 organisasi/institusi/bisnes yang terdapat di Kidzania Kuala Lumpur dan lebih 100 aktiviti tersedia seperti pakar bedah, kontraktor, bomba, polis dan banyak lagi. Setiap pekerjaan mempunyai ruang kerja masing-masing dan ada gaji. Ada juga bahagian di mana anak-anak boleh berbelanja. LOKASI Kidzania Kuala Lumpur terletak  bersebelahan IKEA Damansara. Boleh parking di bangunan yg sama iaitu Nx Curve dgn bayaran maximum RM3 (weekends) dan RM6 (weekdays).  HARGA TIKET Atau blh klik sini untuk Plan A Visit :   https://www.kidzania.com.my/plan-your-visit/entrance-fee/ Eloklah pilih hari biasa Isnin-Jumaat (bukan cuti sekolah) dan paling kurang padat pada hari Rabu. LANGKAH-LANGKAH 1. Beratur ...

Hari Suaikenal Darjah 1 SRAI

Image
My tiny helpless baby transformed into a boy who’s going to Standard 1 next year.  How fast and fleeting this is.  I wish there were ways to slow down the clock even tho that babyhood can sometimes  make minutes seems hours and hours like weeks.  Now you’re a young butterfly who just broken out of your cocoon. You’re going to take your first flight, baby!  We hope you spread your wings beautifully, that’s what we’ve been preparing for you to do as you grow.  Stay as adorable as you are today, be a good boy, a better man and a great Mukmin.  Be good to mommy, be good to daddy, be good to everybody.  Infinite love, MommyDaddy Hari suaikenal darjah 1, juga merupakan hari bayaran yuran. Hanya dua kelas untuk murid darjah 1 iaitu 1 Pintar dan 1 Bestari. Nayn satu-satunya ditempatkan dalam kelas berbeza dari kawan-kawan sedia adanya iaitu Akil, Amsyar dan Aina.  Singgah di kelas kawan-kawannya Akil dan Amsyar. Ai...

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Image
Mommy dah siap iron semua baju sekolah Nayn termasuk 3 seluar biru dan sehelai sampin hijau. Nasib baiklah sekolah Nayn sekolah satu sesi, hanya perlu pakai baju melayu pada hari Jumaat sahaja jadi sepasang cukup dan mommy harap hari PJ akan pakai baju PJ sepanjang hari. Mommy suka kain kosheibo tp beli juga kain cotton sebab tak tahu lagi yg mana Nayn akan lbh selesa pakai. Singlet pun beli beberapa jenis; sleeveless, berlubang dan jenis t-shirt juga. Baju melayu sebenarnya berkenan kain kosheibo jenama Falcon tapi Nayn kecil sangat, tak ada size dia jadi kami beli kain cotton cuma seluarnya pakai butang. Mommy risau Nayn tak sempat buka butang bila nak terkucil jadi Mommy jahit cangkuk dan palang. Harga uniform : Baju kemeja putih Falcon (kain cotton) : RM27.70 Baju kemeja putih Vinter (kosheibo)     : RM23.90 Baju kemeja putih Falcon (kosheibo)    : RM30.70 Seluar biru tua Falcon                     ...

Panduan Ke Kidzania Kali Pertama

Image
Nayn berjaya hafal sifir 1-12 kecuali sifir 9 jadi dapatlah reward ni.   Hari ini Mommy bawa Nayn pergi Kidzania bersama kawan dari kecil dia, Adelaine. Ada lebih kurang 60 organisasi/institusi/bisnes/agency yang terdapat di Kidzania Kuala Lumpur dan lebih 100 aktiviti tersedia seperti pakar bedah, kontraktor, bomba, polis dan banyak lagi. Setiap pekerjaan mempunyai ruang kerja masing-masing dan ada gaji. Ada juga bahagian di mana anak-anak boleh berbelanja. Saya pernah datang ke sini 7-8 tahun lepas membawa anak buah berdua iaitu Ain dan Ery. Sekarang Ain dah masuk Asasi UPM pun dah dan Ery tingkatan 4. Tuanya rasa! Penat dulu terasa semula kini. Mengiringi anak-anak tentunya amat penat, walaupun ada aktiviti yang penjaga boleh turut sama.  LOKASI Kidzania Kuala Lumpur terletak  bersebelahan IKEA Damansara. Boleh parking di bangunan yg sama iaitu Nx Curve dgn bayaran maximum RM3 (weekends) dan RM6 (weekdays).  HARGA TIKET Atau blh klik sini untuk P...