Setia dgn SK II dan Bobbi Brown

Ada yang bertanya apa yang saya pakai utk muka setiap hari, mungkinkah mekap saya terlalu over atau terlalu ringkas itu tidak saya tanyakan tapi saya memang berharap agar nampak natural.

Setiap hari saya cuci muka dgn pencuci muka Gentle Cleanser dari SKII. Saya tak pakai toner, mask, scrubs dan seumpamanya. Pendek kata saya tak rajin pun jaga kulit muka cuma dalam 4-5 bulan sekali saya akan dapatkan servis facial (memang tempat yg sama sejak 2008).

Untuk mekap saya cuma sapu krim Extra Repair. Krim ini sangat bagus utk kulit kering dan berbau citrus. Kemudian saya sapu bedak dgn brush dan sapu blusher juga tidak tebal namun tak nipis sangat. Bedak dan blusher ni mmg saya setia sejak 2010. Untuk warna kulit saya, saya pakai natural warm.

Kalau saya nak pakai maskara (saya sgt jarang pakai, hanya utk certain event) saya akan sapu Oil Clear Blotting Powder Trolls di bawah mata dan akan sapu semula dgn berus sesudah memakai mascara.

Akhir sekali saya akan pakai lip tint di tengah bibir diikuti lipstick semi-matte di bibir atas dan kepitkan dgn bibir bawah. Saya mmg akan pilih warna yg natural utk bibir dan Carnation adalah warna paling saya suka setakat ini.

Dulu saya ada juga apply fixing spray HoneyBee tapi dah habis. Memang kalau pakai fixing spray akan nampak lagi cantik.

Saya harap post ini membantu sbb saya dapat bersiap kurang dari 5 minit setiap hari.


Blusher sy br pecah smlm, nnti ada masa sy share apa sy buat pd compact atau blusher mcmni.


Dan ini gambar saya dgn my mom, btw she’s 72. 

Comments

Popular posts from this blog

Uniform Sekolah Nayn : SRAI

Majlis Penyampaian Sijil Junior Science Camp 2019

Persediaan Menghadapi Ujian Kelayakan SRAI