Posts

Musim Influenza

Image
  Saya tergolong dalam kategori berisiko, pertamanya sebab persekitaran kerja yang expose dengan individu yang tidak sihat dan keduanya, saya memang ada penyakit kronik yang rawatannya mengganggu sistem imuniti badan jadi flu jabs mesti diambil setiap tahun. Pendapat saya kalau memang kita dan keluarga kita berisiko, tolonglah ambil suntikan vaksin influenza setiap tahun. Prevention is better than cure. Apa itu Influenza? Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa. Agen Penyebab: Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2) dan D. Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan p...

Berhenti ber-Facebook dan Instagram

Image
Ini bukanlah satu keputusan yang drastik tetapi saya telah memikirkannya selama beberapa bulan. Apa yang menghalang saya sebelum ini hanyalah kerana saya takut lama-lama saya hilang dari hidup dan fikiran rakan-rakan, saya takut dilupakan. Tapi, pentingkah di ingatan? Banyak saya semadikan gambar dan memori di sana kerana saya tidak mahu lupa namun adakalanya perkongsian saya mendatangkan resah di hati. Risau ada yang tak suka dengan cerita-cerita saya dan yang lebih membimbangkan tersalah tafsir apa yang saya cuba kongsikan. Tulisan dan suara banyak bezanya. Orang membaca tulisan kita dengan emosi mereka ketika itu, dengan tanggapan mereka terhadap kita; menjadikan ayat yang sama berbunyi lain. Satu perkataan ‘Kenapa?’ boleh dibaca dengan nada gembira, atau marah, atau sedih, atau menyampah dan seribu lagi rasa. Dan saya manusia yang banyak khilafnya ini sudah tentu tidak mampu menepis bisikan, “Nanti apa org kata?” Segala perkongsian saya selama ini sebenarnya didraf berkal...

Rutin di SRAI

Image
Hari ini Jumaat, hari kedua persekolahan Nayn dan merupakan hari last MommyDaddy dibenarkan hantar Nayn sampai ke kelas. Lepasni hingga 16-17 tahun berikutnya, tidak akan sama dengan yang ini. Sekolah Nayn bermula jam 7:30am setiap Isnin-Jumaat, balik jam 3:30pm kecuali hari Jumaat. Setiap Jumaat Nayn balik jam 12 tengahari. Baju melayu sampin hijau adalah uniform rasmi sekolah untuk hari ini. Hari lain pakai uniform biasa sampai balik. Tak payah tukar-tukar. Sebenarnya para guru menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak seawal 7:15am setiap hari supaya dapat bersama-sama murid yang lain membaca Yaasin, alFatihah, 3 qul dan asma’ul husna di tapak perhimpunan. Pakaian rasmi hari Jumaat Bacaan Yaasin, alFatihah, dan 3 qul.  Bacaan doa dan kemudiannya berdiri untuk mengalunkan asma’ul husna, lagu Negaraku dan lagu sekolah  Semalam hari pertama persekolahan kami sampai sedikit lambat pukul 7:33am, tak sangka jalan penuh dengan kenderaan yang masing-masin...

Kidzania, Kami Kembali Lagi!

Image
Kami kembali lagi tapi kali ini bertiga, Mummy Ad tak dapat ikut.    Hari ini Mommy bawa Nayn pergi Kidzania bersama Adelaine lagi, cuma kali ini Mommy Ad tak dapat ikut. Memandangkan budak berdua ini senang dikawal, Mommy sanggup! Ada lebih kurang 60 organisasi/institusi/bisnes yang terdapat di Kidzania Kuala Lumpur dan lebih 100 aktiviti tersedia seperti pakar bedah, kontraktor, bomba, polis dan banyak lagi. Setiap pekerjaan mempunyai ruang kerja masing-masing dan ada gaji. Ada juga bahagian di mana anak-anak boleh berbelanja. LOKASI Kidzania Kuala Lumpur terletak  bersebelahan IKEA Damansara. Boleh parking di bangunan yg sama iaitu Nx Curve dgn bayaran maximum RM3 (weekends) dan RM6 (weekdays).  HARGA TIKET Atau blh klik sini untuk Plan A Visit :   https://www.kidzania.com.my/plan-your-visit/entrance-fee/ Eloklah pilih hari biasa Isnin-Jumaat (bukan cuti sekolah) dan paling kurang padat pada hari Rabu. LANGKAH-LANGKAH 1. Beratur ...

Hari Suaikenal Darjah 1 SRAI

Image
My tiny helpless baby transformed into a boy who’s going to Standard 1 next year.  How fast and fleeting this is.  I wish there were ways to slow down the clock even tho that babyhood can sometimes  make minutes seems hours and hours like weeks.  Now you’re a young butterfly who just broken out of your cocoon. You’re going to take your first flight, baby!  We hope you spread your wings beautifully, that’s what we’ve been preparing for you to do as you grow.  Stay as adorable as you are today, be a good boy, a better man and a great Mukmin.  Be good to mommy, be good to daddy, be good to everybody.  Infinite love, MommyDaddy Hari suaikenal darjah 1, juga merupakan hari bayaran yuran. Hanya dua kelas untuk murid darjah 1 iaitu 1 Pintar dan 1 Bestari. Nayn satu-satunya ditempatkan dalam kelas berbeza dari kawan-kawan sedia adanya iaitu Akil, Amsyar dan Aina.  Singgah di kelas kawan-kawannya Akil dan Amsyar. Ai...