Posts

Showing posts from January, 2020

Saya Suka QAYSAA

Image
Sejak beberapa bulan lepas hati saya terdetik untuk membuat perubahan pada cara pakai sehari-hari. Kena berubah. Bila lagi? Saya mula mencari-cari pakaian yang sesuai dengan naluri saya, specifically naluri saya kini — pakaian yang mesra solat tapi tak nampak warak.  Membelek-belek Instagram 2-3 bulan lepas lalu ternampak sepasang pakaian yang betul-betul kena dengan jiwa. Sudah tiba masanya. Saya mulai dengan membeli 2 pasang sebagai percubaan. Selesa sangat-sangat . Kenapalah lambat saya jumpa sinar yang indah ini? Ruginya saya! Kemudiannya saya menambah lagi koleksi sehingga kurang dari 3 bulan saya sudah memiliki sebanyak 12 pasang. Alhamdulillah saya suka dan selesa dengan gaya ini . Moga Allah mempertingkatkan iman dalam hati kita semua hari demi hari dan janganlah Kau gelincirkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk. Terpanggil untuk menulis tentang ini  https://www.instagram.com/p/B75eDpknY2o/?igshid=xuchmr5evveo  Moga berpeluang  memenangi safety-p...

Saya ex-MRSM yang TIDAK Terbeban Dengan Ritual Agama

Image
Tertanya-tanya mengapa group WhatsApp ex-MRSM berkongsi gambar ini maka saya meng-Google mengenainya lalu terjumpa keluhan ini di:  https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/21/ritual-agama-berlebihan-jejas-prestasi-murid-keluh-ibu-bapa/ Betapa saya merasakan pentingnya MRSM sehinggakan itu menjadi halatuju utama untuk Nayn bersekolah menengah kelak. Saya hanya mengambil keputusan untuk Nayn mengambil ujian ke SRAI setelah mengetahui muridnya berpeluang ke MRSM. InsyaAllah jika rezekinya ke situ. Terpanggil untuk saya berkongsi sedikit-sebanyak kenangan lebih kurang 20 tahun dulu, 5 tahun di Maktab Rendah Sains Mara. Takwim persekolahan MRSM sedikit berbeza dengan takwim persekolahan KPM,  seingat saya panggilan ke MRSM lambat seminggu dua dari sekolah-sekolah lain. Kerana itulah arwah ayah dan emak membuat keputusan untuk saya ke sebuah Sekolah Menengah Gred A. Selain itu ada juga panggilan ke SMKA Naim Lilbanat dan beberapa SBP lain. Setelah seminggu...

Merentas Desa | Nayn Learning Steps

Image
                   "Merentas Desa tu apa, mommy?" soal Nayn malam tadi ketika saya menyediakan pakaian dan begnya. "Macam Fun Run," jawab saya. "Alamak I'll be tired!" Sebab itulah mommy siap-siap pack Milo dan roti dalam beg Nayn, sayang. Mommy siapkan Ribena juga dalam botol bertali supaya mudah awak bawa. Untuk acara ini mommy siapkan mini backpack, sekadar cukup untuk memuatkan buku conteng, songkok lipat, roti dan Milo. Kasut sukan pun daddy dah belikan yang sesuai dengan kehendak sekolah, hitam. Kasut sukan yang Nayn pakai minggu lepas telah ditegur kerana warnanya biru. Nayn pakai baju PJK pada hari Rabu lepas kerana belum dapat jadual, rupanya memang ada aktiviti baling-baling bola dan beberapa aktiviti luar yang lain pada hari tersebut, mengikut rumah. Nayn rumah merah dan itulah  pakaian PJKnya.  Hanya beberapa orang murid yang masih berpakaian uniform kerana belum dapat baju. Setelah memper...

Musim Influenza

Image
  Saya tergolong dalam kategori berisiko, pertamanya sebab persekitaran kerja yang expose dengan individu yang tidak sihat dan keduanya, saya memang ada penyakit kronik yang rawatannya mengganggu sistem imuniti badan jadi flu jabs mesti diambil setiap tahun. Pendapat saya kalau memang kita dan keluarga kita berisiko, tolonglah ambil suntikan vaksin influenza setiap tahun. Prevention is better than cure. Apa itu Influenza? Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa. Agen Penyebab: Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2) dan D. Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan p...

Berhenti ber-Facebook dan Instagram

Image
Ini bukanlah satu keputusan yang drastik tetapi saya telah memikirkannya selama beberapa bulan. Apa yang menghalang saya sebelum ini hanyalah kerana saya takut lama-lama saya hilang dari hidup dan fikiran rakan-rakan, saya takut dilupakan. Tapi, pentingkah di ingatan? Banyak saya semadikan gambar dan memori di sana kerana saya tidak mahu lupa namun adakalanya perkongsian saya mendatangkan resah di hati. Risau ada yang tak suka dengan cerita-cerita saya dan yang lebih membimbangkan tersalah tafsir apa yang saya cuba kongsikan. Tulisan dan suara banyak bezanya. Orang membaca tulisan kita dengan emosi mereka ketika itu, dengan tanggapan mereka terhadap kita; menjadikan ayat yang sama berbunyi lain. Satu perkataan ‘Kenapa?’ boleh dibaca dengan nada gembira, atau marah, atau sedih, atau menyampah dan seribu lagi rasa. Dan saya manusia yang banyak khilafnya ini sudah tentu tidak mampu menepis bisikan, “Nanti apa org kata?” Segala perkongsian saya selama ini sebenarnya didraf berkal...

Rutin di SRAI

Image
Hari ini Jumaat, hari kedua persekolahan Nayn dan merupakan hari last MommyDaddy dibenarkan hantar Nayn sampai ke kelas. Lepasni hingga 16-17 tahun berikutnya, tidak akan sama dengan yang ini. Sekolah Nayn bermula jam 7:30am setiap Isnin-Jumaat, balik jam 3:30pm kecuali hari Jumaat. Setiap Jumaat Nayn balik jam 12 tengahari. Baju melayu sampin hijau adalah uniform rasmi sekolah untuk hari ini. Hari lain pakai uniform biasa sampai balik. Tak payah tukar-tukar. Sebenarnya para guru menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak seawal 7:15am setiap hari supaya dapat bersama-sama murid yang lain membaca Yaasin, alFatihah, 3 qul dan asma’ul husna di tapak perhimpunan. Pakaian rasmi hari Jumaat Bacaan Yaasin, alFatihah, dan 3 qul.  Bacaan doa dan kemudiannya berdiri untuk mengalunkan asma’ul husna, lagu Negaraku dan lagu sekolah  Semalam hari pertama persekolahan kami sampai sedikit lambat pukul 7:33am, tak sangka jalan penuh dengan kenderaan yang masing-masin...