Posts

Showing posts from August, 2019

AMALAN ZIKIR HARIAN DAN FADHILATNYA

1. Sabda Rasullah SAW, "Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (HR Muslim) 2. Rasulullah SAW bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar , kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon." (HR Ibnu Majah) 3. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Seutama-utama al-Quran adalah ‘ Alhamdulillahi Rabbil Alamin .’ (HR Hakim dan Baihaqi) 4. Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa membaca ‘ Qul huwAllahu Ahad ’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca al-Quran sekali khatam.” 5. Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca surah al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” 6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda...