Fardu dan Sunat Wudhu Serta Bacaannya
Solat menjadi tidak sah tanpa wudhu maka fardu wudhu ada 6 dan terdapat juga amalan sunat ketika wudhu. Makna Wudhu Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat. FARDU dan SUNAT Wudhu serta bacaannya: 1 . Membaca basmalah بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُه “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Serta aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hambaNya dan rasulNya.” Sekiranya terlupa dan teringat ketika pertengahan wudhu maka sunat dibaca: بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ “Deng...