Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale)
Terima kasih buat sahabatku, Shaza yg telah mem-forward mesej tersebut dan menggalakkan ibu bapa mengajak anak-anak menduduki ujian PCIS dan seterusnya berjaya mengikuti Junior Science Camp yg ke-3 sekiranya terpilih. Saya terus menanyakan Nayn namun beliau tak menunjukkan minat utk mengikuti kem tersebut. Maka saya abaikan mesej tersebut sehinggalah Shaza tanyakan lagi samada Nayn telah menjawab ujian. Lalu saya tanya Nayn, “Nak pergi science camp tak?” Beliau mencebik sambil menggelengkan kepala. Saya rephrased ayat saya, “Nak pergi science camp dgn *ur friend* tak?” Terus berjoget Nayn, “Nak! Nak pergi dgn dia.” Tapi saya terangkan pada Nayn yg Nayn kena buat ujian online, tp kalau tak pass ujian tak dpt pergi. Dia mengangguk faham lalu saya terus mencapai iPad, membuka Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale) dan memberitahu yg dia blh pause bila-bila masa dia nak. Ada juga dia berhenti...