Posts

Showing posts from April, 2019

Panduan Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

Image
Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi SRAI)? SRAI merupakan  sekolah rendah yang menggabungkan Kurikulum Akademik dan Kurikulum Diniyyah serta Hafazan. Ia adalah Sekolah  Agama Negeri (SAN) yang ditadbir urus oleh JAIS. Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekolah SWASTA. Walau pun SRAI berstatus sekolah swasta, lepasan sekolah SRAI masih boleh bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah KPM atau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SAM) Negeri Selangor. SRAI merupakan sekolah  satu sesi iaitu bermula 7:30am sehingga 3:30pm. Ada juga kelas yang berakhir jam 4:30pm sekiranya mendaftar untuk kelas Iqra’. Makan tengahari disediakan oleh pihak SRAI dgn yuran yang sangat berpatutan. Solat Dhuha turut diselitkan dalam sesi persekolahan selain solat Zohor. Untuk diterima bersekolah di SRAI anak-anak perlulah menjalani Ujian Kelayakan SRAI.  MAKLUMAN PENDAFTARAN BAGI MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) SRAI NEGERI SE