Kerja Nurse vs Kerja Anak/Waris?
Tersenyum kami bila pesakit memuji nurse, melonjak gembira di dlm hati bila waris pesakit berterima kasih bahkan ada juga yg menghadiahkan kad ucapan atau kek tanda penghargaan. Selalu juga kami tolak tetapi atas dasar hormat kami terima pemberian itu. Bukanlah itu semua yg kami dambakan, cuma senyuman & terima kasih dpt menguatkan kudrat yg ada utk meneruskan tanggungjawab. Memang tanggungjawab nurse memberikan perawatan kpd pesakit. Memang tanggungjawab nurse membantu dlm pengurusan diri pesakit. Namun adakah itu menyebabkan waris tidak perlu bertanggungjawab dlm menguruskan pesakit? Disebabkan berada di hospital tanggungjawab sebagai anak/waris lesap? Adakah bertujuan dtg melawat sahaja? Adakah bertujuan duduk di kerusi sahaja? Perlukah kita sebagai waris melakukan kerja kerja nurse itu? Pandaikah kita menukar lampin org tua kita ini? Perlukah kita memanggil nurse utk menyuap makan org tua kita? Ketahuilah, nurse tidak belajar utk menyuap pesakit dan menukar lampin, mela...