Posts

Showing posts from May, 2013

SARS-associated coronavirus (SARS-CoV)

Image
Wabak SARS telah dilaporkan di selatan China dan kebanyakan Negara Asia, Eropah dan Australia. World Health Organization (WHO) mengumumkan jangkitan SARS yang pertama merebak pada Februari 2003 dan berakhir Julai 2003.   Wabak SARS telah menjejaskan 26 buah negara dengan 8000 kes. Virus ini dikenali sebagai SARS -CoV ( SARS coronavirus) yang mengakibatkan Severe Acute Respiratory Syndrome (Sindrom Pernafasan Akut Teruk). Faktor risiko Hubungan yang rapat dalam tempoh 10 hari dengan pesakit SARS Perjalanan dalam tempoh 10 hari di kawasan dijangkiti SARS yang dilaporkan oleh WHO di Asia Perjalanan atau lawatan dalam tempoh 10 hari di tempat-tempat yang ada kes SARS seperti di hospital Disyaki kes SARS jika ada kriteria seperti: Individu yang ada tanda-tanda demam (suhu badan melebihi 38°C) Satu atau lebih tanda-tanda seperti batuk, nafas yang laju dan sukar bernafas. (Bagi bayi dan kanak-kanak mungkin terdapat tanda-tanda spesifik letih, keluh kesah dan hilang seler